Apa yang dicari? Hehehe...kain felt. Kain felt ini telah kutemui di kedai Chui's Craft, Seremban...dekat dengan Bank Rakyat. Yang saiz A4 tu RM2 satu. Kalau nak beli by metre, RM14.50, 1/2 m : RM7.40 +-. Seronoknya dapat bertemu dengan kain felt ni. Itupun setelah mendapat info dari kak Zaridah...cikgu baker kami...ngeh3x. Felt ni dah lama ada...tp kat seremban baru muncul sebab sejak kebelakangan ini, ramai peminat kraf mencari felt untuk dibuat kraftangan. So, dah jumpakan...apa lagi moh le kita berfelting.
Inilah kain felt pelbagai warna yang terdapat di Chui's Craft. Rasa nak beli semuanya. Tapi tgk bajet la jugak kan. Dah la baru nak mula belajar...macam2 lak dia.
Yang ini pulak butang-butang yang comel lagi manis. Ada yang mahal dan ada yang murah. Harga bawah RM5 sepeket. Kuantiti sepeket x sama. Bergantung kepada kekiutan butang. Geramnya....haih....
Pastu ada beli satu set contoh nak buat, beli reben kiut miut 2 3 gulung, benang minlon (yg buat cross-stiched tu).... and jarum..tp jarum tu x leh guna pun. Guna jarum yg sedia ada kat umah...saiz paling besau. Siap and balik...eh pergi makan kue tiaw kantonis kat Ampangan pulak lepaih tu. pastu baru balik rumah.
No comments:
Post a Comment