Salam semua...no more felt project...hahahaha...yang ada sekarang ialah deretan kerja-kerja yang perlu diselesaikan sedikit demi sedikit sebelum sesi persekolahan 2012 bermula. Segala mesyuarat telah selesai hari ini. Besok ada sesi pendaftaran murid tahun 1 dan Prasekolah. Adnin pun daftar pra jugak. Biar betul dak adnin ni. Cuba2 dulu...biar dia berkawan, kalau tak dia sensorg je main, apa yang nak semuanya dapat. kali ni bagi peluang untuk dia belajar berkawan, bermain bersama n learn how to share among them. Semoga semuanya berjalan lancar. Risau betul dengan anakku nan seorang ni. Risau dia suka merayau n x boleh duduk diam, risau dia kacau cikgu nak buat kerja, risau dia tanggalkan bahan2 hiasan kelas n dsb. Tapi takpe,saya dah nekad nak hantar juga dia sekolah. Ayahnya tak berapa setuju dengan alasan adnin masih pakai diapers dan tak tahu cakap lagi. saya kata saya ada dan insyaAllah kita cuba dulu. Kalau dah benar2 x boleh, kita letaklah dia kat rumah balik. Tunggu dia cukup umur 4 tahun kita sekolahkanlah dia balik. Yang penting nama dia ada dalam daftar. (apa pulak agenda mak dia kali ni...????)
Yang penting hari esok akan tiba jua dan mungkin kenyataan tak seindah harapan. Namun harus ditempuhi jua. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment