Showing posts with label Banyak kerja da.... Show all posts
Showing posts with label Banyak kerja da.... Show all posts

Tuesday, February 19, 2013

Hehehe...hihihi...
Assalamualaikum...dah lama x update blog. Sekarang dah guna modem YES....so ok sikit dari celcom. Nak g terminate celcom jap g. Asik dok bayar beratus2 tp x leh guna pun. YES ni pulak dapat masa kursus FROG last year. Tp x leh connect...semalam dah g tukar kat JPNS...so hari ni yessssssssssssss......leh connect dah. Bye2 celcom.
YES ni x payah bayar pun...KPM bagi 20 modem kat sekolah kitorang...tp mesti update laman FROG VLE la. Tp dah kena sekat penggunaan fb. X pe la...cek fb kat makmal ICT pun ok...bukan nak ngadap sangat pun kan....

Tuesday, October 2, 2012

berita terkini...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Hai semua...Alhamdulillah...kertas soalan KH dan MT dah selesai dibuat. Tunggu finaliza KP je. Moga2 lepas la kan...malas la nak buat kerja 2 3 x...tp dah check 2 3 x pun mesti ada yang nak salah di mana-mana. Hisyh...tension tul.
Abah pun dah telefon dari Madinah. Alhamdulillah...semuanya sihat sejahtera. Tapi tak dapat cakap dengan mak pun. Rindunya........ 3hb ni mereka akan berangkat ke Kota mekah pula. Moga perjalanan mereka dilindungan Allah SWT.
Sekarang nak buat laporan penilaian prestasi pulak. Malas sungguh bab-bab isi borang ni. Tp kena isi jugak la...kalau x nnt demerit pulak kang.
Adnin pulak dah kembali ke sekolah setelah 2 minggu bercuti. Sekolah dia tak cuti, dia je yang cuti batuk n selsema. Xmo la anto kat sekolah...nnt jangkit kat kawan-kawan lain pulak. Mcm biasa la dia tetap susah nak bnagun tido n nangis2 nak air panas. (Hehehe...ayah...bila nak pasang water heater ni) Sepatutnya hari Ahad lepas dia ada sukaneka tp x masuk acara papepun. Cikgu suruh lari dia larik sampai ke mana2 ntah. Tak faham lagi bab2 pertandingan ni kot. Takpe la...tahun depan ada rezeki denin masuk sukaneka ye.
Petang ni ada LDP pulak sampai pukul 5. Adoyai..tajuknya pengurusan stress tapi bertambah stress la pulak nnt. X pe, saya dah sediakan mcm2 jajan utk kengkawan bg elakkan rasa ngantuk...jumpa petang ni ye...

First time Adnin ke pantai...(dah lama dah gambar ni)

Tuesday, September 11, 2012

Tugasku belum selesai...

Assalamulaikum...n selamat hari raya Aidilfitri...(Masih belum terlewat rasanya sebab hari ni baru 24 Syawal) . Tajuk kat atas tu rasanya lebih sesuai berbunyi macam ni...Tugasku belum selesai dan tak akan selesai hinggalah pencen.. hehehehe.... Apa-apapun tugas tetap tugas dan akan dilaksanakan sebaik mungkin.
Baru selesai isi markah PKSR Ogos. X guna SAPS pun kali ni. Guna manual pun susah jugak sbb nak key-in markah semua subjek. Berpinau-pinau mata ku ini. Nak print ink dah habis pulak. Nak guna printer sekolah...hbs pendrive bervirus. Heh...macam2 hal. Jadi, balik sekolah...hbs kelas bimbingan nanti nak g beli ink lah.
Buku yang belum tanda ialah buku 5B n buku 5A. Jap g nak start tanda n kena hentikan segala tenet intenet ni. Kalau x mmg x jadi kerja punya la.
Budak2 thn 6 tgh UPSR. So murid thn 1 dan 2 dicutikan. Sebenarnya cutikan semua pun ok. Sebab apa tau...diorg ni mmg mulut x hengat dunia puya. Bercakap menjerit2 mcm kawan dia sebatu jauhnya. Pastu berlari2 smbl bergelak ketawa n smpi bergaduh pun ada. Nasib la kan...
Nnt ada masa lapang saya update lagi eh...bubye...

Tuesday, August 7, 2012

Musim peperiksaan...

Salam Ramadhan 18, 1433H....
Hari ini bermulanya PKSR Ogos...budak2 ni tgh exam barula saya menyebukkan diri dgn menanda buku murid2 yg agak melebihi dejavu di kinabalu nih...Exam Math kan hari khamis...so pulun habis la sekarang..tapi boleh ke tanda buku smbl update entry ni...boleh saja kalau mau donggggg....
Masa jaga exam kat kelas 5 Rajin td boleh la tanda buku dgn aman dan tenang...tp klu dah jaga kat 5 Amanah tu ...apa pun x bleh...
Lepas tadarus tadi sambung tanda buku lagi...lagi dan lagi...n dah hampir siap pun kelas 5 Bestari nye buku. Kejap lagi plan nak tanda buku 5 Amanah pulak. Budak kelas 5 Amanah ni sikit je...20 org. Tapi nak nanda buku punya la seksa...dgn tulisannya...dgn jawapannya yg ntah ke mana. Padahal suruh salin je jawapan kat papan hitam tu. X usah mimpi la nak bagi homework ke extra exercise ke. Try la bagi 1 soalan suh buat kat umah...sok paginya kita jugakla yg kena bagi jwpn...apa pun x bleh..
Itulah kan kehidupan seorang cikgu. Nyesal...? X mungkin. Ini lah cita2 sejak kecil dan skrg dah tercapai...buktikanlah yang anda boleh...
Hehehe...motivasi utk diri sendiri tu...

Friday, December 30, 2011

Projek hias kelas

Seperti yang diputuskan dalam mesyuarat, kelas 5 Rajin akan berpindah kelas tahun ini. Kami akan ke kelas di atas pejabat. Masuk sahaja ke kelas tersebut, naik pening jugak kepala macam mana nak mulakan proses pembersihan dan keceriaan. Pekerja2 tolong angkat kerusi meja (tqvm). Meja murid pun dah siap dilap.
Tugasan bermula dengan menampal sugar paper bagi menutup softboard yang berlubang2. Untuk softboard depan guna manila card warna pink. Urusan cat mengecat telah diserahkan kepada uncle Bala dengan upah RM30. X kisah la..asalkan kelas tu bersih dari lakaran dinding yang menyesakkan. nak buat sendiri...mmg tak mampu buat dgn diruku yang alah dgn bau cat. Nak suruh en.asben....awal2 dah surrender...Nak suruh Iwan...dia dah masuk belajar dah. Kalau kelas kat bawah maghin boleh la time cuti dia datang tolong. Anyway tq uncle Bala.
Pagi tadi lepas mesyuarat perancangan strategik, tampal border pulak. Guna kertas hadiah yang digunting je. Lepas ni nak cari idea untuk hiasan yang nak ditampal pulak. Idea tu rasanya dah ada...cuma malas ngan rajin je ni..sabo jela.
Tadi tengok Izan cat bahagian atas kelas dia rasa mcm nak cat jugak. Teruk jugak bahagian atas kelas baru ni. Semua tampalan susah nak ditanggalkan. Buruk beno ghupenye. Tapi dah pikio balik...rasanya perlu cari idea untuk tidak memudaratkan diri sendiri. Mungkin tampal gambar2 kot. Tengokla dulu...tanya kak mashita nanti.

Tuesday, January 20, 2009

Setelah 3 minggu persekolahan...

Minggu ni masuk minggu ke-3 persekolahan. Kerja makin banyak...tapi belum ada selera nak buat. Masih dalam mood cuti kot... Jadual kelas pun baru siap tadi. Rasanya next week bakal bertukar lagi. Ada cikgu yang bertukar sekolah.