Thursday, October 29, 2026

Sakit tapi ke konsert...ehhh apa tu

Hihihi....posting yang tertangguh. Tajuk pun agak ngeri...😁. Masih tak berapa sihat, batuk tak reda. Tapi ada satu plan belum langsai. Sorry guyssss...Gem Bumantara ..here i come. 
Salah satu wishlist mama sebelum 50's. 
Petang Sabtu gerak ke Putrajaya dengan adik mama, mak sue anak buahnya panggil. Ke Putrajaya sebab nak pegi konsert ct dengan mak non, acha n mak mus ada jugak...depa ni belah in law mak sue. Mak mus dah tinggi kat SNBJ. Kami berenam...ada officemate mak non + akak dia. Maksudnya...yang pergi ni dengan adik beradik memasing ya.
Sampai sana...tak de parking. Pegi LRT...park keta sana. Berhimpit....kenangan sungguh la...dengan ramainya manusia. Beratur nak masuk pun masyaAllah. 
Settle seat....enjoy....

Hasilnya...Isnin kita ke klinik lagi ya...batuk makin menyeksa diri. Dapat anitibiotik, dapat ubat Asthma dapat pred. Malam makan ubat, bangun pagi rasa reda sikit. Chaiyoookkkk

Eh... sambung dengan Adik pun sakit

Petang Rabu, lepas hantar kak syirah ke SMADKLANA, sampai je rumah, adik yad gtau dia sejuk. Dia mandi, lepas tu terus mengigil2, suhu badan terus naik ...panas. Ujian lagi ni mama kata dalam hati. Bagi dia ubat demam. Muntah, bagi ubat lagi. Tengah malam dah tak panas sangat. 
Pagi esok nya cek suhu badannya panas lagi la. Tak sekolah dia hari ni. Mama ke sekolah macam biasa. Dalam hati tak keruan. Balik je dari sekolah terus bawa dia ke klinik. Demam ..tapi x boleh nak cek influenza sebab barub2 hari demam. Kalau esok panas juga lagi, baru boleh cek influenza. Dapat MC dua hari.  Bagi ubat je dia tidur. Petang sikit baru dia bangun, bagi makan nasi. Lepas bagi ubat tido lagi sampai esok paginya. Cek suhu, Alhamdulillah dah tak panas. Suruh dia rehat kat rumah je. 
Pukul 1:45, mama keluar amik kak Syirah. Dia pulang bermalam minggu ni. Boleh la buat teman adik yang tak sihat.

Monday, October 26, 2026

Kakak pun Sakit

Lama betul amik masa nak sambung cerita ya...
Dalam pada mama tak sihat, amik juga kak syirah pagi Jumaat 9/10. PDPR due to haze. Boleh amik malam tadi tapi tak larat la pulak.
Kakak pun dah start batuk dan dia kata dia demam. Mama on ubat kat rumah je dulu. 
Sabtu pagi, badannya dah panas. Bawa ke klinik tengah hari tu. Platelets darah rendah. Doc suspect denggi. Esok ya kena cek darah lagi. Dalam pada itu, nenek pun tak sihat juga. Mak sue pulak ( adik mama) ke Pasir Gudang, kak iparnya meninggal dunia dan dlm pada itu anak arwah juga bakal berkahwin. 
Ya Allah inilah ujian bulan Oktober yang sering disebut orang tragedi Oktober.
Esok ya kakak dah sihat sikit, tak nak g amik darah kata nya. Mama tak paksa sebab mama pun bergegas nak ke Gadong, bawak nenek jumpa doktor.
Isnin, akak cuti lagi. MC. Mama dah ke sekolah. Dapat berita PDPR esok dan Rabu. Sambung cuti terus la akak. 
Petang Rabu bawa nenek ke Klinik Azhar pulak. Masih tak sihat perutnya. Lepas tu bergegas pula.nak hantar akak balik SMADKLANA. Dia tak nak balik, tapi mama kata kalau tak nak balik jom pegi klinik amik MC lagi. Dia batuk lagi sebenarnya. Tak nak pulak. Balik la dia ke asrama.

Wednesday, October 14, 2026

Kursus & Sakit

Lambat sikit posting ni. 
Balik dari Seri Iskandar, 5-7 Oktober, mama g kursus penataran DK2027, Tahun 1. Kat SMK Puteri. Nasib baiklah bukan yang paling tua kat situ. Hari pertama ok lagi...balik rumah mandi manda terus booomm tido. Sakit kepala, banyak sangat input...hihihi.
Hari kedua tengah hari....ehh...ngape start batuk2 ni. Tak berhenti pulak. Memang tengah jerebu masa ni. Gagah kan diri jugak...kena harung jugak hari esok. Malamnya, sempat jugak suruh Iyad study untuk MPT4. Kesian jugak tengok dia. Tapi, xpe...mama pun jenis tak kisah result anak. Lepas ni kita bangkit semula. 
Hari ketiga diteruskan...Group 10, group mama banyak dpt hadiah terbaik presentation dan jugak video dan membawa kami kepada juara keseluruhan...hihihi...sempat tu dalam pada tak sihat. 
Balik rumah batuk makin menjadi-jadi. Dada ketat macam asthma...ya lah...mama asthma ni. Inhaler pun tak jalan.
Khamis pagi, mesej Guru Besar bagitau tak sihat. Pergi klinik...amik neb, pun rasa semput tak lepas nafas. HB pun 9.3....adududu. MC dua hari. Doctor suruh rehat. Makan ubat dan tidur sahaja satu hari ni.
Petang...dapat berita sekolah ditutup esok. PDPR. Asrama kakak gtau boleh ambil anak selewat2nya pukul 12 tengah malam. Tak larat nak ambil kakak. Esok pagi Jumaat mama ambil. 

Saturday, October 3, 2026

Day 11 : Tak tahan menanggung rindu

Balik sekolah Jumaat, nak ambil kak syirah pulang bermalam. Tetiba ayah kata...ooo boleh la kita pergi jenguk abg ni kat Seri iskandar. Mata mama bersinar2....ye ke...betul ke....jgn scam ehhh. Iya betul ...pukul 11 kita gerak sana ....malam kita balik sini. Wowww...not bad.
Berkobar2 la kiranya...lepas amik kak syirah terus ke Mydin. Beli barang rumah sikit...barang kak syirah sikit. Ehh....ada Tshirt berkolar saiz beso lerrr....moh kita beli untuk abg denin sekeping dia.
Mama kesian tengok baju Tshirt abang nin kecik2 belaka. Boleh la dia tukar2 guna Tshirt baharu ni. 
Sabtu...kan main awal siapnya. Ayah pergi niaga dulu bawak Ziyad pengganti abg nin. Jam dah cecah 1030...mana deme ni...lambat gerak lambat la mama dpt jumpa abg nin. Dah pukul 11 tak nampak batang idung depa. Kena scammed la ni..mama dah mula teriak.
1130 baru depa sampai rumah. Ziyad mandi. Ayah siap2... semua siap jom gerak. Tak yah singgah makan tengah hari. Dah jumpa sempadan Perak baru kita singgah memano....hesyyy....begitu bersemangat sekali mama pun.
Dalam perjalanan perut keroncong. Makan dulu apa yang dibawa. Pau kacang ada, biskut ada, Mr potato ada, coklat ada...minum air kosong....😁
Sampai ladang bikam baru berhenti. G toilet, beli ayam gunting, singgah beli roti Harold.
Sebenarnya abang nin tak tau pun kitorang nak jenguk dia kat Seri iskandar. Sempat dia call... kitorang borak2...lama jugak dekat 12 minit. 2 orang kat seat belakang diam je...tidooooo. kalau tidak dah pecah rahsia.
Habis borak mama send location kat dia. Ehhh...mama hantar apa tu .. gtau la dia cerita sebenar...alahai anak dia mesej apa tau ... Susah2 je mama datang jauh2. Ada yang offer bang...mama on je.
Pukul 3:30 kami sampai...terus ambil dia kat Teratai 2. Senang hati tengok anak happy kat Seri iskandar. Mama pun dah terima hakikat ...anak...tak selamanya ada dengan kita. Beri mereka peluang untuk bentuk hidup mereka sendiri dengan bimbingan kita. Kita pun tak selamanya ada dengan mereka. Bila2 masa bakal dijemput Allah.
Bawak dia keluar...beli makan sikit2. Sewa hotel dekat2 situ. Mula2 dpt bilik banjir....hahaha...cepat2 mama minta tukar. Bayar untuk semalaman juga tau. Tak pe demi anak. Ayah pun nak rehat2. Borak2 pasal U life dengan Abg nin. Ayah siap bawak nasi lemak ayam 2 bungkus tau untuk abg nin. Rindu anak tapi x cakap ..itulah ayah. Kak syirah makan 1 abg nin makan 1.
Lepas maghrib baru kitorg check out. Cari tempat makan. Chegu Cafe tempatnya. Boleh la ...mama order set nasi tomyam ikan siakap kailan ikan masin; untuk ayah & mama. Syirah chic chop ribena sprite, Ziyad nasi goreng USA...mcm biasa tak habis banyak...tak kena selera dia mmg dia takkan habis makan. Abang Nin makan yang ringan2 je ...chic tenders. Dah kenyang makan nasi lemak katanya.
Singgah eco...roommate pesan belikan can opener. Gatal juga kaki nak follow dia ke eco tapi tahan je la ..kot lama mama dok dlm tu nanti.
Mama perasan abang nin dah matang, tak perlu mama teman kan lagi...semua buat sendiri. AllahuAkbar.
2145....sampai ke kolej indera Mulia...sampai di blok teratai. Masa berpisah pun tiba. Abang Nin sedih tapi mama gtau Deepavali InsyaaAllah mama datang lagi. Fokus belajar, tekun ibadah. InsyaaAllah Selamat dunia akhirat. 
2200 kami gerak keluar dari UITM Seri Iskandar ... Sebuah kenangan untuk dikenang.
2247 dah ada kat hiway gopeng. Singgah di rnr Tapah dlm keadaan mamai. G toilet, beli jambu. Sambung tdo sampai mambau baru terjaga. Huhuhu ....dah sampai umah kul 2 pagi. Kemas2 sikit. Tdoooo.
Harap mimpi yang indah2.

Tunjuk kat dia eta kami akan sampai.
Send gambo kat family gadong.

Saturday, September 26, 2026

Day 4 : Kisah Abang Denin

Hujan petang ni. Teringat kat abg nin. Kot2 dia basuh baju lupa angkat ke apa ke kan. Mesej dia...dia call balik. 
Baru balik outing ...p cari makan ngan roommate. Alhamdulillah roomatenya baik2 budaknya. Naik grab berempat. Pandai segala dah dia.
Kejap tu kak syirah pulak call...mngadu abg nin tak nak jawab call dia...hihihi...skrg mama menantikan 2 panggilan / mesej penting. Sebelum ni panggilan kakak je , sekarang dah tambah lagi sorang. Syukur ya Allah yang maha baik. 
Rumah mama kosong, InsyaaAllah Mama takkan biarkan jiwa mama kosong...walau separuh jiwaku pergi.

Day 3 : Update Abang Nin

Masuk hari ke 3. Emosi makin stabil. Barangkali juga sebab hari ni bz bebeno. Majlis persaraan Madam Surekah. Tak sempat nak bersedih. Pagi bawa ke petang majlisnya.
Semalam dah VC dgn abg nin. Tengok dia ceria je...lega mama. Baju pun dah basuh katanya. Dah pandai explore g cari cafe & koperasi dgn roommate. Alhamdulillah.
Semalam kat sekolah, mama terbawa2 emosi. Air mata ni murah sgt. Tak nak berhenti. Kak dee sampai pun sambung nangis lagi. Hailahhh emaknya pun.
Bukan anak homesick tapi mama yang sonsick. 
Malam baru mesej abg nin suruh dia tdo awal, takut terlepas subuh sokgi. Ya Allah tolong jagakan dia buatku.

Wednesday, September 23, 2026

Ku lepaskan kau dengan air mata

Selesai urusan pendaftaran abg nin di Kolej Indera Mulia, UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar. Semuanya berjalan lancar...sekejap je..amik kunci bilik. Settle locker, bilik semua. Pegi makan, cari lagi barang yang tak cukup. 
Hantar semula ke kolej, solat, pusing2 kampus...dan drama air mata pun bermula.
Ang nin... InsyaaAllah dia boleh. Yang tak boleh ialah mama dan adik yad. Menangis sudahhhh. Ku tinggalkan juga penghuni rahim pertamaku jauh di Seri Iskandar. Anak sulungku ytjt bagaiman ku besarkan dia...Allah je yg tahu 🥹
Sedih tapi ku harus lepaskan demi masa depan. Itu doaku setiap hari ..dan Allah dah makbulkan. Allah pasti jaga Abg Nin...itu lah penguat mama.
Lanhit turut bersedih...mengiringi kepulangan mama ke Seremban. Kami datang berempat pulang bertiga. Tinggalkan seseorang untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah...syukur Ya Allah.

Harinya telah tiba

Ini lah harinya...mama bakal berpisah sementara dengan anak sulung mama...yang hidup sepenuh masa 18 tahun dengan mama. Yang rela menghadap tantrum mama. Masa kecik dia tantrum, dia dah besar mama tantrum hahaha...
Hiduplah dengan baik di bumi Seri Iskandar ini. Jangan lupa solat, belajar dgn tekun, kawan baik2 dan semua lah yang baik2 buat abg Nin.

Monday, September 21, 2026

Sudah tiba masanya

Kawan gaduh kawan baik sejak kecil akan berpisah sementara. Abang denin akan ke UiTM Seri Iskandar. Akak tak dapat ikut, akak stay asrama ok. Ada masa luang kita pergi sana tengok abang Nin. Nangis juga kakak waktu salam abg Nin tadi. Perpisahan sementara sahaja tapi kakak sebenarnya risaukan abang nya. InsyaaAllah semuanya akan baik2 sahaja dalam jagaan Allah swt