Tuesday, December 13, 2011

Projek Felt 1


Pagi2 lagi dah ngadap kain felt, benang, butang dan jarum. Hasil pagi ini ialah hati yang berisi fiber. Tampal bunga dan ada reben buat gantung kunci.


Sambil2 memikirkan apa yang nak dibuat smpat juga buat reben untuk klip rambut. Nak bagi balqis la yang ni. Tapi belum gam lagi. Kena guna glue gun...baru ia kuat.

Ha..yang ni special untuk adnin. Tengahari potong huruf...balik dari rumah mak petang tadi terus jahit n siap sebelum Maghrib. Tak tau nak buat apa dgn benda ni. Letak kat beg sekolah kot...tapi bila pulak adnin sekolah. KIV dulu la...
>
Yang ini pulak...last projek untuk hari ini. Mula pukul 8 tamat pukul 9. Haisy...lamanya nak siap. Bentuk hati bereben panjang. Untuk digantung lam kereta. Letak fiber dalam tu biar gemuk. Mana ambik fiber...hehehe...rahsia untuk dikongsi bersama...amik kat bantal peluk denin masa baby. Xpe kan x salah kan...darurat....
Itu sahaja yang saya dapat hasilkan untuk hari ini...esok nak buat apa ye...Cek mr google jap...

2 comments:

  1. ooo.. projek baru ya... cantik.. dah lama akk x jenguk blog. sampai ada hobi baru ct ya... hah, nak order utk farah hair clip tu boleh.. nak warna pink... :D

    ReplyDelete