Tuesday, December 13, 2011

Cobaan...

Dengan adanya kain felt dan peralatan yang diperlukan...maka pada malam tersebut jugak lah saya mula mencuba pelbagai rekabentuk dengan kreativiti sendiri dan panduan dari blog2 peminat felt yang lain. Antara blog yang menarik perhatian ialah :
jajakraf.blogspot.com
Memang best kak jaja ni, dia sampai bukak kedai kat lahad datu demi memenuhi permintaan peminat kraf. hasil kraf dia sekarang melibatkan PVC pulak dah. X larat acik nak ikut do...belajar la felt ni dulu yo. ( Sukanya membebel...dah lama x membebel kat sekolah)
Antara hasil terawal malam tadi ialah...

Ada sekuntum bunga ros (belajar dari You Tube). Ada sekuntum bunga cina (pun belajar dari You Tube) dan bentuk hati siap dengan reben lagi.
Banyak perkara yang saya belajar malam tadi. Antaranya ialah :
* saya belum pandai menjahit (jahitan saya tak kemas, kejap pendek kejap panjang)
* tidak semua perkara akan berjaya buat pertama kalinya (bunga cina tu senget benget sebenarnya, saya cover ngan butang)
* memang patut harga hand made craft lebih mahal dari machine made...terccucuk jarum banyak kali woooo
* aktiviti ini amat melekakan saya...x sedar masa berlalu dengan pantas

Jom kita tengok apa yang saya hasilkan awal pagi berikutnya (13/12/2011)...ehhh birthday hubby kita la...


No comments:

Post a Comment