Friday, December 30, 2011

Projek hias kelas

Seperti yang diputuskan dalam mesyuarat, kelas 5 Rajin akan berpindah kelas tahun ini. Kami akan ke kelas di atas pejabat. Masuk sahaja ke kelas tersebut, naik pening jugak kepala macam mana nak mulakan proses pembersihan dan keceriaan. Pekerja2 tolong angkat kerusi meja (tqvm). Meja murid pun dah siap dilap.
Tugasan bermula dengan menampal sugar paper bagi menutup softboard yang berlubang2. Untuk softboard depan guna manila card warna pink. Urusan cat mengecat telah diserahkan kepada uncle Bala dengan upah RM30. X kisah la..asalkan kelas tu bersih dari lakaran dinding yang menyesakkan. nak buat sendiri...mmg tak mampu buat dgn diruku yang alah dgn bau cat. Nak suruh en.asben....awal2 dah surrender...Nak suruh Iwan...dia dah masuk belajar dah. Kalau kelas kat bawah maghin boleh la time cuti dia datang tolong. Anyway tq uncle Bala.
Pagi tadi lepas mesyuarat perancangan strategik, tampal border pulak. Guna kertas hadiah yang digunting je. Lepas ni nak cari idea untuk hiasan yang nak ditampal pulak. Idea tu rasanya dah ada...cuma malas ngan rajin je ni..sabo jela.
Tadi tengok Izan cat bahagian atas kelas dia rasa mcm nak cat jugak. Teruk jugak bahagian atas kelas baru ni. Semua tampalan susah nak ditanggalkan. Buruk beno ghupenye. Tapi dah pikio balik...rasanya perlu cari idea untuk tidak memudaratkan diri sendiri. Mungkin tampal gambar2 kot. Tengokla dulu...tanya kak mashita nanti.

1 comment:

  1. akk pun igt nak cat atas dinding mcm izan, tapi bak kata ct, "jgn memudaratkan diri sendiri"... kalau terdaya, akk pun plan nak tampal2 gambar @ carta yg bersesuaian.. tapi tak tahulah dpt buat bila tu.. ntah2 2013 nanti... :)

    ReplyDelete