Showing posts with label felt oh felt. Show all posts
Showing posts with label felt oh felt. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

Projek Felt 5

Salam semua n salam 1 Malaysia....malam ni lepas Isyak saya telah menghasilkan projek felt yang terkini. saksikanlah....


Projek cute hearty ni request dari adik saya yang insyaAllah akan mendirikan masjid dalam masa terdekat ini. Katanya nak buat dalam 50 pieces utk diberikan kepada kawan2 rapatnya. InsyaAllah Kak We boleh buatkan.

Projek berry strawberry ni pulak utk mak. Katanya nak sangkut kat kereta. Yang saya dah buatkan hari tu macam besau na pulak. Lagipun x cantik sangat. Yang ni cantik tak????
Itu sahaja projek hari ini. Nak siap kemas2...jap g en. asben ku pulang....ngeh3x.

Friday, December 16, 2011

Projek Felt 4

Alhamdulillah berjaya juga saya menyiapkan projek cupcake dan ditambah dengan mushroom. Bertambah seronok menjahit. Jahitan pun makin lama makin mantop...(perasaan sendiri).



Cupcake tu satu je sebenarnya saya buat tapi bila ambil gambar guna background yang berlainan, warna dia turut bertukar. Best jugak kan...nmpk bnyk tp satu je yg saya buat.

Thursday, December 15, 2011

Projek Felt 3

Petang tadi dapat juga saya hasilkan aiskrim kon dan pelbagai jenis bunga yang dipelajari dari YouTube. Saksikanlah....

Sekuntum bunga cina yang ditambah manik ditengah2nya. Sesuai untuk hairclip.

Sekuntum bunga apapunxtaule...mcm2 boleh buat ngan bunga ni...hairclip boleh, hairband boleh dsb.

Yang ini pula, pemegang kunci kon aiskrim. Adnin kata : ummmm...sidap...

Ini bunga apapunxtaule...sama cam kat atas, cuma tambah manik ditengahnya.
Lepas ni nak buat cupcake lak...dah siap gunting...tgl nak jahit je...chaiyooook Adyani!

Projek Felt 2

Malam tadi jugak berhasil menyiapkan reben dari felt. Nak lekat pada hair klip. Dan juga satu pen drive case berkembar. Tapi nak buat yang lain la. Dah masuk 2 pendrive...nmpk gemuk sgt pulak. Patutnya buat lebar skit agar kedua2nya dpt masuk dgn selesa. CHAIYOKKK Adyani!



Birthday Ku

Semalam birthday ku...x online langsung. Rakan2 fb; terima kasih banyak2 atas semua ucapan dan doa kalian. Baru pagi td relpy msg kwn2. Thanks friend! Alhamdulillah syukur atas nikmat Allah selama saya 33 thn saya bernafas di dunia ini. Terima kasih mak n abah. Tanpa mak n abah siapa la saya. TQ mak..hadiahkan set candy canister utk wan. (beli kat langkawi tu...)Dan saya hadiah ini untuk mak. Mak nmpk saya gantung kat kereta. Purple heart. Mak berkenan n saya buatkan 1 utk mak yang tersayang.


Untuk mak, saya buatkan warna pink. Belakang dia ada alphabet. Depan reben + felt flower. (Kuning :yg dah siap gunting kat Chui's Craft, maroon : gunting sendiri). Nampak x cantik jahitan nya kan...kecik sgt kot scale dia...kain felt yg sy guna ni pulak mcm berbulu skit nmpk eh... Bnyk jenis kain felt ni...kena belajar lagi...

Tuesday, December 13, 2011

Projek Felt 1


Pagi2 lagi dah ngadap kain felt, benang, butang dan jarum. Hasil pagi ini ialah hati yang berisi fiber. Tampal bunga dan ada reben buat gantung kunci.


Sambil2 memikirkan apa yang nak dibuat smpat juga buat reben untuk klip rambut. Nak bagi balqis la yang ni. Tapi belum gam lagi. Kena guna glue gun...baru ia kuat.

Ha..yang ni special untuk adnin. Tengahari potong huruf...balik dari rumah mak petang tadi terus jahit n siap sebelum Maghrib. Tak tau nak buat apa dgn benda ni. Letak kat beg sekolah kot...tapi bila pulak adnin sekolah. KIV dulu la...
>
Yang ini pulak...last projek untuk hari ini. Mula pukul 8 tamat pukul 9. Haisy...lamanya nak siap. Bentuk hati bereben panjang. Untuk digantung lam kereta. Letak fiber dalam tu biar gemuk. Mana ambik fiber...hehehe...rahsia untuk dikongsi bersama...amik kat bantal peluk denin masa baby. Xpe kan x salah kan...darurat....
Itu sahaja yang saya dapat hasilkan untuk hari ini...esok nak buat apa ye...Cek mr google jap...

Cobaan...

Dengan adanya kain felt dan peralatan yang diperlukan...maka pada malam tersebut jugak lah saya mula mencuba pelbagai rekabentuk dengan kreativiti sendiri dan panduan dari blog2 peminat felt yang lain. Antara blog yang menarik perhatian ialah :
jajakraf.blogspot.com
Memang best kak jaja ni, dia sampai bukak kedai kat lahad datu demi memenuhi permintaan peminat kraf. hasil kraf dia sekarang melibatkan PVC pulak dah. X larat acik nak ikut do...belajar la felt ni dulu yo. ( Sukanya membebel...dah lama x membebel kat sekolah)
Antara hasil terawal malam tadi ialah...

Ada sekuntum bunga ros (belajar dari You Tube). Ada sekuntum bunga cina (pun belajar dari You Tube) dan bentuk hati siap dengan reben lagi.
Banyak perkara yang saya belajar malam tadi. Antaranya ialah :
* saya belum pandai menjahit (jahitan saya tak kemas, kejap pendek kejap panjang)
* tidak semua perkara akan berjaya buat pertama kalinya (bunga cina tu senget benget sebenarnya, saya cover ngan butang)
* memang patut harga hand made craft lebih mahal dari machine made...terccucuk jarum banyak kali woooo
* aktiviti ini amat melekakan saya...x sedar masa berlalu dengan pantas

Jom kita tengok apa yang saya hasilkan awal pagi berikutnya (13/12/2011)...ehhh birthday hubby kita la...


Yang dicari telah kutemui

Apa yang dicari? Hehehe...kain felt. Kain felt ini telah kutemui di kedai Chui's Craft, Seremban...dekat dengan Bank Rakyat. Yang saiz A4 tu RM2 satu. Kalau nak beli by metre, RM14.50, 1/2 m : RM7.40 +-. Seronoknya dapat bertemu dengan kain felt ni. Itupun setelah mendapat info dari kak Zaridah...cikgu baker kami...ngeh3x. Felt ni dah lama ada...tp kat seremban baru muncul sebab sejak kebelakangan ini, ramai peminat kraf mencari felt untuk dibuat kraftangan. So, dah jumpakan...apa lagi moh le kita berfelting.

Inilah kain felt pelbagai warna yang terdapat di Chui's Craft. Rasa nak beli semuanya. Tapi tgk bajet la jugak kan. Dah la baru nak mula belajar...macam2 lak dia.


Yang ini pulak butang-butang yang comel lagi manis. Ada yang mahal dan ada yang murah. Harga bawah RM5 sepeket. Kuantiti sepeket x sama. Bergantung kepada kekiutan butang. Geramnya....haih....
Pastu ada beli satu set contoh nak buat, beli reben kiut miut 2 3 gulung, benang minlon (yg buat cross-stiched tu).... and jarum..tp jarum tu x leh guna pun. Guna jarum yg sedia ada kat umah...saiz paling besau. Siap and balik...eh pergi makan kue tiaw kantonis kat Ampangan pulak lepaih tu. pastu baru balik rumah.