Wednesday, November 23, 2016

Anak mama Muhammad Adnin

Alhamdulillah adnin dah selesai tahun 2. Nama adnin daftar di 2A tp dia belajar di 2C. Makanya hujung tahun ni di Hari Anugerah Cemerlang adnin dpt hadiah nombor 1 kelas 2A. Pencapaian masih belum menguasai sebab matematiknya gagal. Kena bnyk berusaha lg untuk adnin. Teacher tracy tengah usahakan method lain utk memudahkan adnin buat matematik. Doa mama sentiasa mengiringimu sayang.
Nak tgk adnin...nahhh

Hari Anugerah Cemerlang 2016

Semalam berlangsungnya hari anugerah cemerlang SKTRJ. Mama mcm biasa buat buku program. GB nak warna ijau katanye. Beres petang isnin jam 7. Pada hari langsung mama cuma jd pemerhati ...best sgt..klu tidak mama kena jadi camerawoman gak. Tp tahun ni ada ustaz baru yg mmg terer bab ni...jd mama dah delegate tugas kat dia. Sambil2 tu mama menyetelkan kerja2 senarai nama murid 2017 n minit mesy hem. Tapi time amik gambo muka mama x miss di situ.
Saksikan lah...

Kembali sibuuukkkkk

Macam poyo je tajuknya kan kan kan...mcm le org lain x sibuk. Lepas sukan lg mcm2 kerja nak disettlekan. Nak kejar hari anugerah cemerlang lps ni. Pg td sibuk ngan pajsk...lepas tu ada parent yg anak dia dah tukar skolah dtg nak amik slip result. Tp resultnya terpaksa dimanualkan sbb dlm saps nama nya dah dikeluarkan. 😢😢😢😢
Buku teks ada yg belum amik...register lum isi....senarai murid tahun 6 2017 pun dah nak kena buat cepat. Hehehe....satu lg minit mesy HEM...sorry pn HEM...s/u mu ini mmg suka buat kerja bertangguh.

Sunday, November 13, 2016

Kejohanan Olahraga Kali ke 19

Pg td berlangsungnya Kejohanan Olahraga kali ke 19 di sekolah mama. Setelah 3 hr berhempas pulas dgn pra kejohanan...hr ini merupakan hr kemuncaknya. Mcm biasa mama ditugaskan di bahagian statistik dan perangkaan...ada pulak gitu...gah sgt bunyinya kannn. Bahagian keputusan rasmi je...sejak 3 hr duk dpn lappy isi keputusan n kiraan mata setiap rumah.
Mama rumah kuning tp rumah kuning dpt tmpt ke 3 tahun ni. Redha....level 2 leading the games tp thp 1 rumah lain memusnahkan harapan kitorg..😢😢😢
Tp x pe tahun dpn cuba lagi ye anak2 didik cikgu.
Sebelum acara kejohanan kami ada jogathon dulu. Kiranya 2 in 1 nye acara la hr ni.

Wednesday, November 2, 2016

Hari Kanak-kanak

Hari kanak-kanak tahun ini tidak serancak tahun2 sudah. Pengagihan bihun goreng shj utk anak2 murid. Tiada lagu Sambutan Hari Kana-kanak yang berkumandang. Tiada persembahan anak2 yg comel lg geram melihat telatahnya. Benarlah kenikmatan menjadi kanak2 telah ditarik sedikit demi sedikit. Tuntutan masa dan tugas sedikit sebanyak menyebabkan benda begini terjadi. Maafkan kami para guru wahai anak2 didik sekalian.
Tapi di 5Rajin tetap havoc. Kak dee selaku mak tiri 5R sentiasa ada rancangan terbaik utk anak2. Guru otai memang oooseemmm. Ada jamuan merangkap jamuan akhir tahun yg berlangsung td. Tqvm guru2 yg sempat hadir.
SELAMAT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA

Friday, October 7, 2016

Camping 2016

Bercamping lagi mama tahun ini. Pukul 1230 td g amij ziyad...kul 230 hantar balik ke umah pengasuh.
Kali ni bnyk tugasan mama sebab unit pengakap jd penyelaras. Semuanya siap last minute. 

Thursday, September 29, 2016

Kembali bertugas

Minggu ni dah masuk minggu ketiga mama kembali bertugas. Sangat sibuk....bnyk kerja2 yang malas nak buat masa pregnant tu perlu dicover masa ni la....kemas bengkel ...update frog vle...update kelas dll.
First time berpisah dgn ziyad....sedihnya...masa tu ziyad masih x mau susu guna botol. Hati mesti mau cekal...hntr saja ziyad ke pengasuh n redha. Memang cari pengasuh yang dekat dgn sekolah...jadi kalau ziyad xmau juga boleh g menyusu.
Hahaha..siap amik masa seminggu nak sambung update...bz la katakan. Alhamdulillah Ziyad berjaya minum susu melalui botol. Jadi mama bekalkan breastmilk bnyk2 untuk Ziyad. Semoga Ziyad membesar sihat walafiat dan menyenangkan hati mama dan ayah serta orang2 sekeliling.

Wednesday, September 7, 2016

Berjalan2

Sabtu lepas kakak syirah pergi kelas eip dia dgn tracy. Lepas tu kitorang pergi aeon lepas dia habis kelas. Selalunya g berjalan dgn abang denin in between dia habis kelas. Tp sejak ada Ziyad...waktu seakan2 tidak mahu berhenti malahan berlalu laju...rasanya dah awal bersiap tp x siap2 jgk. Bukan salah Ziyad tau tp mama yg masih belajar mengatur masa dengan 3 org anak kecil yg semuanya manja2 dgn mama w/pun mama dah sehabis garang mcm singa dan selalu jd tarzan kat umah. Anak...oh...anak....tanpamu mama takkan bergelar mama ok. Sempat jgk jumpa ustazah hafsah yg tgh sopink barang baby kat sana. Ustazah hafsah ni dah pindah skolah masa puasa itu hari. Tu lah bnyk cerita nak dikongsi tp apa ug sempat je la.

Kegemaran kini

Salam semua....inilah kegemaran masa kini mama...tat choc from king's confectionery. Mahal rm3.6. Tapi berbaloi sbb sedap sgt.

Friday, September 2, 2016

Cita-cita yang belum kesampaian

Belum kesampaian maksudnya bukan x mau buat tp belum ada kesempatan nak melaksanakannya. Mama suka betul bab crafting ni...x kira genre apa...tp yg mudah2 n tercapai dek akal je la.
Ini lah sebahagian cita-cita yg dikoleksikan dlm bentuk visual shj.

Thursday, September 1, 2016

Cita2 nan melangit

Sesuai dgn tajuk pos ni kan. Mama ni lebih kpd berangan. Kekonon nak buat bunga telur sendiri guna crepè paper. Berani ke mama...haaa nak tgk berani ke idak u must wait n c ya! Klu idak ke nilai 3 la kita sambar bunga telut aqiqah ziyad

CUTI BERSALIN

Berpantang kat umah mak seminggu je pastu sambung kat umah sendiri. Adnin kan sekolah darjah 2 dah...x boleh ponteng lama2. Banyak kisah abang Adnin yg mama x share kannn. Nnt la ye kita detail psl abg denin a.k.a abg danny katenyeee.
Berpantang masa belum ada anak dan ada anak ni jauh bezanya dan besar cabarannya. Harapan mama agar mama2 di luar sana terus bertabah dgn ragam anak2 yg x terjangka tambahan pula yg masih memerlukan perhatian mcm abg danny n kakak syirah. Kakak syirah la yg paling kesian sbb berhenti susu ibu secara paksa.
X bnyk aktiviti masa cuti lepas pantang. Mama cuti 3 bulan tau tp rs sekejap bangettt. Klu dulu boleh buat craft la bagai sekarang tidak lagi. Kerjanya diganti dgn membasuh pakaian...memasak w/pun simple dimple...melayan anak2...x kering tangan dik nom hoiii...naik sengal lak urat2 di ibu jari ni...berfesbuk le tu di masa anak2 dah tdo. So mana2 mama di luar sana yang berpantang dgn anak2 lain di sisi teruskan bersabar n keep it up ok. Tp sempat jgk buat ni ha...cer teka projek apakah itu...???

CUTI BERSALIN

Berpantang kat umah mak seminggu je pastu sambung kat umah sendiri. Adnin kan sekolah darjah 2 dah...x boleh ponteng lama2. Banyak kisah abang Adnin yg mama x share kannn. Nnt la ye kita detail psl abg denin a.k.a abg danny katenyeee.
Berpantang masa belum ada anak dan ada anak ni jauh bezanya dan besar cabarannya. Harapan mama agar mama2 di luar sana terus bertabah dgn ragam anak2 yg x terjangka tambahan pula yg masih memerlukan perhatian mcm abg danny n kakak syirah. Kakak syirah la yg paling kesian sbb berhenti susu ibu secara paksa.
X bnyk aktiviti masa cuti lepas pantang. Mama cuti 3 bulan tau tp rs sekejap bangettt. Klu dulu boleh buat craft la bagai sekarang tidak lagi. Kerjanya diganti dgn membasuh pakaian...memasak w/pun simple dimple...melayan anak2...x kering tangan dik nom hoiii...naik sengal lak urat2 di ibu jari ni...berfesbuk le tu di masa anak2 dah tdo. So mana2 mama di luar sana yang berpantang dgn anak2 lain di sisi teruskan bersabar n keep it up ok. Tp sempat jgk buat ni ha...cer teka projek apakah itu...???

Kelahiran Muhammad Ziyad

17 Jun 2016 Jumaat bersamaan 12 Ramadhan...jam 7:20 Ziyad selamat dilahirkan dengan bantuan doktor dan misi2 yg baik hati.
Pagi tu pergi sekolah macam biasa...ada program 3 penjuru a.k.a amik result peksa pertengahan tahun. Nak dekat kul 12 pinggang pun rasa sakit2...duduk lama x boleh berdiri lama pun x boleh. Normal kot sebab dah 39 weeks of pregnancy. Adnin 34 weeks Syirah 36 weeks...pengalaman bersalin mmg lain2 la kan...Lupalak nak bgtau...2 hari sblm bersalin mama tgk hp n bc newsfeed @wassap lama2 mata mama mcm ada bintang2 n pening pastu kena tidur jap br penig tu hilang. Cerita kat kak maz dia kata nak bersalin kot. Mama pula ingatkn pasal mama br tukar tempered glass screen ni. Rupanya jangkaan kak maz lebih tepat. Ok sambung balik.
Settle semua mama pun berangkat pulang ke Mambau...amik abang n kakak...abang dicutikan hrni..
.maleh mama nak bawak g skul. Balik rumah s2...ehhh rumah mama kat kerisi indah dah dpt kunci tau...sempat amik kunci minggu lepas. Nnt citer eh. Smpi rumah rasa penat sgt...tido jap lah...tp perut rasa x sedap jgk dlm pada itu. Terjaga 2 kali g toilet...ehhh mcm nak bersalin je ni. Sakit perut pun dah mcm kerap. Pukul 5 rasanya dah x tahan lg sbb nak bergerak pun tersekat2. Konon nak g bazar ramadhan la tu. Tapi...x boleh lawan sakit yg dtg. Tiada tanda mcm darah atau air pun tp sakitnya hanya Allah yg tau.
Mama:    Bang...bangun bang.
Hubby: Ada apa ni?
Mama: Rasa mcm dah nak bersalin la. Baby mcm dah ada kat bawah ni.
Hubby: Ehhh...mcm mana pulak baby boleh ada kat bawah?
(Ehh mamat ni...soalan tak kena gaya betul)
Mama: Sy tau la sbb sakit mcm ni rasanya masa dkt katil labour room dah. Cepat la g bazar ramadhan beli makanan. Karang misi marah x de tenaga nak meneran.
Selepas berbuka puasa jam 5:30 ptg dgn nasi ambeng acik bumbu....kami pun berangkat ke spital. Beg2 semua kena siap awal tau utk hal2 sebegini rupa. Anak2 hntr ke Mambau. Encik asben pulak dgn gaya pemandu F1 dah mencilok sana sini dgn lampu kelap kelip...budget ambulans la tu. Dah la  time org keluar opis n cr juadah berbuka ye tak.
Akhirnya selamat sampai...housemanship cek bukaan ala baru 1cm je ni. Staff nurse pulak ckp: muka mcm ni ko kata 1cm...meh sini aku seluk pulak..Ya Allah dah 6cm doktor oiii...Lari terus en doktor yg houseman tu. Takut kena bebel la tu.
Cepat2 nurse tlg tukar bj amik itu ini..cr asben suruh dftr bagai. Terima kasih nurse. Disorong ke labour room...ehhh ini wad bersalin baru tau yg mama pergi kali ni. 1 bilik 1 org bersalin. Sambil disorong sambil dgr diorg berborak pasal mydin yg br bk kat senawang. Kikiki...terhibur jgk la n ilang sikit sakit nak beranak.
Sampai dalam tu..ramai dah menunggu..Oh tidakkkk...ada dr lelaki huhuhu...sebelum ni pempuan je yg smbt baby. Redah je la. Redha n tawakal...niat kita nak lahirkan baby ye tak. Air ketuban dipecahkan n mula la proses bersalinkan Ziyad. Nurse kata mmg dia nak keluar masa azan buka puasa ni....mmg betul pun. Azan je dia selamat dilahirkan. Dan mcm biasa anak2 mama semuanya suka g NICU dulu tp Ziyad utk 48 jam je nak pantau sbb mama GBS carrier.
Alamak kakak Syirah dah bangun...sambung nnt eh.

Muhammad Ziyad bin Izham

Dah janji nak cerita pasal Ziyad kannn. Kakak syirah n ziyad tidur lagi. Jadi mama boleh story morry pasal ziyad. Alhamdulillah ziyad lahir cukup 39 minggu. 12 Ramadhan. Mama sempat puasa 10 hari. Hari pertama x larat , smpi pukul 2 je tahan. Lepas tu dah ok. Satu lg hari nak bersalin. Pengalaman mengandungkan ziyad banyak sekali...yelah kan...umur dah  nak masuk 4 series ni kan...mcm2 hal tau. Kawan2 pun ramai yg x tahu...cuma kawan sekolah n famili je. Mmg x de mood sgt2. Bergolek2 je lepas confirm pregnant. Pastu rasa sejuk sgt2. Tido pun kat bilik adnin...cr port celah almari...sudut dinding. Rumah pun bersepah2 sepanjang nak masuk trimester pertama. Makan apa pun keluar muntah balik...jln paling selamat ialah tido...tido n tido.
Nasib baik juga sbb dah nak cuti sekolah hujung tahun 2015. Kerja mmg bnyk. Buat je le terhegeh2. Malas yaamat rasanya masa tu. Lawan jgk rasa malas tp yg bnyk ialah mama layan je rasa malas tu.
Tu la kejenya 3 bulan pertama. Alhamdulillah nak naik sekolah awal tahun 2016 mood kembali baik. Makan pun ok...walau ada muntah tp x teruk sgt. Trimester kedua berjalan lancar...minum air gula pun cheating...hahaha. Rahsia ehhh. Mengandung kali ni...hb ok sgt2...dah nak smpi waktu bersalin pun hb sentiasa naik...alhamdulillah. Tp bnyk kali kena g cek dr pasal kencing kotor la dan paling x sangka...mama disahkan GBS carrier. Apa tu ye....cer google sini. Pembawa kuman gbs le kotnya... Bnyk jgk pesanan dr...katanya x bahaya pada bb n mama tp bahaya ms nak deliver nnt. 36week nnt ambik sample lg...guna muncung itik lg tu ha....hahahadoiii.
Alhamdulillah masa cek 36 week result negatif maksudnya tiada lg gbs tp ms nak deliver nnt kena injek ntbiotik n baby lepas deliver kena pantau 48 jam kat NICU.
X kisah la asalkan semua selamat. Nnt mama cerita pasal kelahiran Ziyad ye. Kita minum dulu....

Lamanya....

Masya Allah...Allahu Akbar...
Assalamualaikum dan salam sayang semua...last post April 2015...nak dekat setahun jugak kan blog ni terbio sepi. Pasai pa pulak kan...nak kata bz xle bz beno...buat2 bz ade le.
Tapi memang bz pun dengan kerja sekolah yg x penah habis. Takpe le...bio le kan.
Diam tak diam ahli keluarga pun dah bertambah tau. ( tgh cuti bersalin le ni Cik Nab oiii) Alhamdulillah dikurniakan lagi rezeki anugerah terindah dari Allah. Bayi lelaki seberat 3.32kg (paling berat la ni berbanding abang...2.3kg, kakak...2.9kg.
Inilah dia anak ketiga saya...Muhammad Ziyad bin Izham yang lahir pada 17 Jun 2016. Kelahiran Ziyad juga ada kisah seperti kelahiran abang dan kakak. Nanti kita citer detail dalam post lain lah ye. Sekarang Ziyad dah 2 bulan lebih dan Alhamdulillah x bangun malam lg untuk bf. Sebelum ni dia x tidur malam...nangis mak. Lebam2 mata bersengkang. Sekarang tengah train dia minum bm dr botol tp dia x mahu...uwaaa...nangis lg maknya. Nak kena cari nipple mahal ke nak oiiii...ohoiiii.
Ziyad-Adnin-Insyirah
Sekarang kita dah bergelar ibu beranak 3...wihiiii.....sabar je la...mak pun semakin menarzankan diri semenjak dua menjak ni. Bawak2 bersabar ye anak2ku dapat mama garang macam singa x ingat hutan ni ha. Memang pengalaman mendewasakan kita la kan....