Saturday, September 26, 2026

Day 4 : Kisah Abang Denin

Hujan petang ni. Teringat kat abg nin. Kot2 dia basuh baju lupa angkat ke apa ke kan. Mesej dia...dia call balik. 
Baru balik outing ...p cari makan ngan roommate. Alhamdulillah roomatenya baik2 budaknya. Naik grab berempat. Pandai segala dah dia.
Kejap tu kak syirah pulak call...mngadu abg nin tak nak jawab call dia...hihihi...skrg mama menantikan 2 panggilan / mesej penting. Sebelum ni panggilan kakak je , sekarang dah tambah lagi sorang. Syukur ya Allah yang maha baik. 
Rumah mama kosong, InsyaaAllah Mama takkan biarkan jiwa mama kosong...walau separuh jiwaku pergi.

Day 3 : Update Abang Nin

Masuk hari ke 3. Emosi makin stabil. Barangkali juga sebab hari ni bz bebeno. Majlis persaraan Madam Surekah. Tak sempat nak bersedih. Pagi bawa ke petang majlisnya.
Semalam dah VC dgn abg nin. Tengok dia ceria je...lega mama. Baju pun dah basuh katanya. Dah pandai explore g cari cafe & koperasi dgn roommate. Alhamdulillah.
Semalam kat sekolah, mama terbawa2 emosi. Air mata ni murah sgt. Tak nak berhenti. Kak dee sampai pun sambung nangis lagi. Hailahhh emaknya pun.
Bukan anak homesick tapi mama yang sonsick. 
Malam baru mesej abg nin suruh dia tdo awal, takut terlepas subuh sokgi. Ya Allah tolong jagakan dia buatku.

Wednesday, September 23, 2026

Ku lepaskan kau dengan air mata

Selesai urusan pendaftaran abg nin di Kolej Indera Mulia, UiTM Perak, Kampus Seri Iskandar. Semuanya berjalan lancar...sekejap je..amik kunci bilik. Settle locker, bilik semua. Pegi makan, cari lagi barang yang tak cukup. 
Hantar semula ke kolej, solat, pusing2 kampus...dan drama air mata pun bermula.
Ang nin... InsyaaAllah dia boleh. Yang tak boleh ialah mama dan adik yad. Menangis sudahhhh. Ku tinggalkan juga penghuni rahim pertamaku jauh di Seri Iskandar. Anak sulungku ytjt bagaiman ku besarkan dia...Allah je yg tahu 🥹
Sedih tapi ku harus lepaskan demi masa depan. Itu doaku setiap hari ..dan Allah dah makbulkan. Allah pasti jaga Abg Nin...itu lah penguat mama.
Lanhit turut bersedih...mengiringi kepulangan mama ke Seremban. Kami datang berempat pulang bertiga. Tinggalkan seseorang untuk menuntut ilmu. Alhamdulillah...syukur Ya Allah.

Harinya telah tiba

Ini lah harinya...mama bakal berpisah sementara dengan anak sulung mama...yang hidup sepenuh masa 18 tahun dengan mama. Yang rela menghadap tantrum mama. Masa kecik dia tantrum, dia dah besar mama tantrum hahaha...
Hiduplah dengan baik di bumi Seri Iskandar ini. Jangan lupa solat, belajar dgn tekun, kawan baik2 dan semua lah yang baik2 buat abg Nin.

Monday, September 21, 2026

Sudah tiba masanya

Kawan gaduh kawan baik sejak kecil akan berpisah sementara. Abang denin akan ke UiTM Seri Iskandar. Akak tak dapat ikut, akak stay asrama ok. Ada masa luang kita pergi sana tengok abang Nin. Nangis juga kakak waktu salam abg Nin tadi. Perpisahan sementara sahaja tapi kakak sebenarnya risaukan abang nya. InsyaaAllah semuanya akan baik2 sahaja dalam jagaan Allah swt