Showing posts with label Adik Adnin. Show all posts
Showing posts with label Adik Adnin. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

Adik Adnin dah takde....

Salam semua...sambungan cerita balik dari langkawi dapat disambung hari ini. 

20hb.... Pergi appointment scan. Berdebar-debar je tunggu dipanggil masuk. Resultnya..... jeng...jeng...jeng.... X nampak jugak kantung baby. Sampai panggil pakar suruh tolong tengokkan. Ya Allah...ujianMu.... Amik darah lagi....besok diorg akan telefon bagitau resultnya. 
 21hb...1030hrs 
O&G Clinic telefon.... Sila ke klinik sekarang puan dan puan perlu buat persediaan untuk masuk wad. Mengapa????????? Bacaan beta HCG meningkat 20x ganda dan pemeriksaan seterusnya perlu dibuat. Sampai diwad, scan lagi....n x nampak jugak. Saranan doktor : laparoscopy... Terus ready untuk ke dewan bedah..tapi x boleh buat sekarang..baru lepas makan nasi lemak...pulak... Mungkin pukul 6 nnt akan berangkat ke sana. Tunggu dalam penuh debaran. Segalanya saya serahkan pada Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya Dia tidak akan membebankan hambaNya melainkan ianya mampu ditanggung. 1900hrs...berangkat ke dewan bedah... 
22hb....0100hrs 
terjaga dari lena yang panjang...sakitnya perut. Ada 3 tempat berplaster. Pusat...perut kanan...perut kiri... Nak bangun g toilet tapi x mampu...dalam keadaan separuh sedar lagi sambung tido... 
0500hrs... 
terjaga nak pegi toilet. Gagahkan diri untuk bangun berengsot2. Ya Allah, ini baru sikit belah perut...kalau banyak x tau la sakitnya macam mana. Berjaya jugak ke toilet, tapi ada masalah nak baring semula. Pergh....sakiiiiiiiiiiiiiit!!!!!!! 
0800 hrs... 
tertanya-tanya jugak apa yang dah dibuat kat perut ni. Fail x de lak depan ni. Doktor yg bertugas pagi pun x tau sbb fail x de. 
1330hrs 
Kak Darma n anaknya haziqah datang melawat. Then, menyusul Kak Maz n Pesah. Masa tu doktor datang n terus tanya dia. Maka, sahihlah saya mengandung luar rahim (ectopic pregnancy), sebelah kanan tiub fallapio x dpt diselamtkan. 
Maka...sahihlah bahawa Adik Adnin dah xde...dan saya terimanya dengan redha dan yakin dengan takdir Allah. 
Maka dengan ini secara rasminya pregnancy ticker akan di delete. Sayang memang sayang tapi........

Sunday, June 10, 2012

Balik dari langkawi punya cerita....

Yang ini pulak versi dah balik dari langkawi punya cerita....
Al kisahnya bermula di pagi khamis 30 Mei...
Pegi htj ngan adnin. Ada appointment speech theraphy. Parking keta kat padang bola lama...pas tu naik shuttle. Selesai sesi terapi pegi paed pulak, tukar appointment. Patutnya kena g 30 May tp lom blk tang langkawi pun masa tu.
Tetiba rasa sakit perut belah kanan. Buat2 x layan n terus tgu shuttle utk ke parking lot. Alhamdulillah shuttle cepat tiba n sesampainya di parking lot sakit perut ni dah x boleh nak dikawal lagi. Kaki kanan ni pun dah x boleh nak angkat. Gagahkan jugak diri pgi kat keta dan berehat jap kot2 boleh reda n boleh drive blk umah. Nak dkt stengah jam jgk nahan sakit lam keta.
Dah nekad dah...klu nmpk je ada orang lalu nak mintak tolong je. Ada la sorang perempuan India lalu situ dan tanpa membuang masa mintak tolong beliau utk call ambulan. Bersungguh2 dia nak tolong masa tu. Alhamdulillah, 15 minit pas tu ambulans pun sampai dan merasa la saya dan adnin naik ambulans time tu. Terus bwk ke kecemasan...zon kuning means separa kritikal. Mulalah doktor yangb bertugas tanya bermacam2 soalan. Saya pulak mmg tgh period masa tu. Jadi soalan bnyk berkaitan dgn hal2 period pain n sebagainya. Si adnin lak kejap2 hilang. Mintak tolong nurse carikan...call en. asben suh bwk denin blk. Masa tu jgk buat urine test dan blood test.
Doktor tetiba tanya...kalau puan mengandung...ini adalah kandungan ke berapa? Haaaa...mengandung????? Ye UPT menunjukkan positif dan blood test pun positif. Tapi disebabkan puan dah turun darah....kami akan buat rawatan susulan. Masya Allah saya x tahu pun saya pregnant...mungkin dlm 5 minggu kot. Ya Allah selamatkanlah janin ku ini. Rawatan seterusnya mula dibuat iaitu merodok dengan muncung itik besi. Ingatkan dah x merasa benda ni lagi lps EEPROM Adnin....kena lagi la gamaknya ni. Didapati puan telah KEGUGURAN dan masih ada sisa di dalam. Jadi puan akan di hantar ke wad utk rawatan lanjutan...kata dr. Apalagi...menggigil seluruh badan. Tepon en. asben smbl nangis2. Lepas tu tepon mak pulak. (masih nangis2)
Lepas tu bergerak pulak ke Wad 2A. Doktor pun tanya lagi lagi dan lagi. Kena rodok lagi sekali dgn muncung itik besi. Siap suluh2 lagi nak tengok kat mana gugurnya. Tapi.........doktor cakap....x ada apa2 lubang pun yang kami nak tarik apa2 benda yang gugur. Macam mana doktor kat emergency boleh diagnos incomplete miscarriage ni.
Haaaaaaa.....sekali lagi saya melopong dan semakin konfius. Scan tang bawah pulak....tapi x nmpk kantung baby la puan...hissy.....semakin konfius antara saya sebenarnya mengandung ke idak ni. Dalam tempoh bertenang saya x nangis lagi. Saya redha dengan ketentuan Allah. Jika ditakdirkan saya dikurniakan bayi buat kali kedua...alhamdulillah. dan sekiranya tidak menjadi...saya redha kerana sesungguhnya perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik. So, the plan is...kami akan ambik darah puan. kami akan uji beta HCG nya. Sekiranya normal, kami akan uji lagi selepas 48 jam. Sekiranya bacaannya luar biasa...mungkin puan mengandung luar rahim dan akan dibedah. Akhirnya selepas berpuasa sehingga jam 8 mlm, result darah keluar n puan boleh makan sekarang ye. Bacaannya normal. Alhamdulillah. Jadi, lepas 2 hari di sini, kena amik darah lagi dan tunggu lagi. Kalau bacaan meningkat sekali ganda, maknanya insyaAllah baby ada lagi. Klu bacaan gitu sama je, ada something wrong somewhere. Dan kalau bacaannya rendah maknanya baby dah xde. Xpayah puasa kali ni.
Amik darah hari sabtu...resultnya keluar petang Ahad. Seksa betul menunggu. Resultnya ialah.....meningkat sekali ganda. Maknanya insyaAllah baby ada lagi. Pergi scan tapi....x nmpk kantung pun. Xpe la....esk leh discharge n nnt pegi scan kat pakar 20 hb Jun ini. Isnin...blk rumah. Beli UPT and test sendiri baru puas hati. Jadi 20hb ni adalah penentu segalanya. Ya Allah...kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah agar dapat berbakti kepada agamaMu ini Ya Allah. So...tunggu cerita 20hb ni ye....