Sunday, April 16, 2023

Puasa day 22

Khamis 13/4/2023
Bersemangat hari ni. Esok cuti la katakan.
Hari ini hari pengagihan bubur kacang untuk semua warga STAR'J. 
Balik pukul 4 hari ni. Terus ke sendayan cari bahan2 nak buat aglio olio. Shoot balik rumah tengok2 org a/cond baru nak mula pasang a/cond. Tidur jap kat atas sambil2 tunggu diorang pasang. Tapi tak siap2 pun. Memang tak masak la mama kalau ada orang tengah buat kerja. 
Sampai ke waktu buka puasa belum siap. Kami buka puasa dengan air dan roti John sedekah jiran. Alhamdulillah.
Lepas tu baru ayah ke kedai amik nasi lemak ayam. Anak3 je makan...mama dah tak selera nak makan. Minum air je dari tadi.

No comments:

Post a Comment