Saturday, April 8, 2023

Puasa Day 15

Khamis
Rutin pagi macam biasa ..lepas sahur settle kemas dapur....siap nak pergi sekolah. 
Tengah hari dah tak larat sangat. 8 masa hari ni...sakit perut mama turun naik tangga. Tido jap kat meja. Bangun solat. Sambung buat RPH minggu ni. Kena siapkan jugak. Esok dah jumaat. Pun tak banyak free period. Settle dan tunggu masa kakak n adik habis kafa.
Terus pergi cari makanan berbuka. Pergi centrio...tak banyak gerai buka. Nampak org jual nasi lemak berlauk. Nasi lemak pun best jugak ni. Singgah Ariana dessert pun tak banyak yg best. Beli buko dan durian crèpe je.
Pukul 9 kak long datang rumah. Nak fotokopi slip gaji. Beresin kain baju...iron baju ....tdo. untuk sahur kita panaskan apa yang ada sahaja. Lauk kurma ayam Bilal alif bagi petang tadi pun belum berusik. 

No comments:

Post a Comment