Tuesday, June 26, 2012

Selamat Bercuti...

Selamat bercuti buat diri sendiri.
Lepas operate...saya dapat cuti sebulan. Memula dr cina tu bagi 3 hari. Pastu dia cancel bagi 7 hari. x boleh jadi ni. Dia ingat lapa surgery je kot. Dia x tau saya buang tiub sekali agaknya. Dr pakar ckp bagi sy cuti sebulan, then dia cancel lg n bagi sebulan cuti kat saya dari tarikh masuk wad.
Bercuti tapi sakit...itulah keadaan yg sebenarnya. Mintak asben hantar ke rumah mak. Biar saya berpantang di rumah mak je. Senang sikit. Hari ni, hari ke 4 selepas operate...masih ras sakit lg esp. belah kanan. Lama-lama nanti ok la. Dr ckp pun amik masa dlm seminggu nak elok betul...Semoga saya kembali sihat seperti sedia kala untuk menyambung tugas2 yang belum selesai.
29hb ni ada pertemuan dgn ibu bapa. Nampaknya  x dpt join. Kak Aneeza tolong bereskan kerja2 slip peperiksaan. Intan akan cover masa perjumpaan sok. Thanks semua. Jasa kalian menggunung tinggi.
Hari sukan pun x lama lagi. Sebagai ketua rumah sukan tahun ni, saya x dpt menabur bakti. Selamat berjuang guru-guru rumah kuning. Semoga kita jadi juara lagi tahun ni. InsyaAllah.
Dok kat umah..asik RTM je...rehat,tidur,makan. Pastu layan adnin yang pelbagai ragam. Alhamdulillah, sy dah ada adnin. Jika Allah dah takdirkan saya ada adnin sorang, saya redha   kerana Allah pun tahu saya mampu jaga adnin sorang je. Itupun kadang2 x mampu. Perancangan manusia memang teliti tapi perancangan Allah hebat sekali. Insafnya diri ini....





No comments:

Post a Comment