Wednesday, October 14, 2026

Kursus & Sakit

Lambat sikit posting ni. 
Balik dari Seri Iskandar, 5-7 Oktober, mama g kursus penataran DK2027, Tahun 1. Kat SMK Puteri. Nasib baiklah bukan yang paling tua kat situ. Hari pertama ok lagi...balik rumah mandi manda terus booomm tido. Sakit kepala, banyak sangat input...hihihi.
Hari kedua tengah hari....ehh...ngape start batuk2 ni. Tak berhenti pulak. Memang tengah jerebu masa ni. Gagah kan diri jugak...kena harung jugak hari esok. Malamnya, sempat jugak suruh Iyad study untuk MPT4. Kesian jugak tengok dia. Tapi, xpe...mama pun jenis tak kisah result anak. Lepas ni kita bangkit semula. 
Hari ketiga diteruskan...Group 10, group mama banyak dpt hadiah terbaik presentation dan jugak video dan membawa kami kepada juara keseluruhan...hihihi...sempat tu dalam pada tak sihat. 
Balik rumah batuk makin menjadi-jadi. Dada ketat macam asthma...ya lah...mama asthma ni. Inhaler pun tak jalan.
Khamis pagi, mesej Guru Besar bagitau tak sihat. Pergi klinik...amik neb, pun rasa semput tak lepas nafas. HB pun 9.3....adududu. MC dua hari. Doctor suruh rehat. Makan ubat dan tidur sahaja satu hari ni.
Petang...dapat berita sekolah ditutup esok. PDPR. Asrama kakak gtau boleh ambil anak selewat2nya pukul 12 tengah malam. Tak larat nak ambil kakak. Esok pagi Jumaat mama ambil. 

No comments:

Post a Comment