17 Jun 2016 Jumaat bersamaan 12 Ramadhan...jam 7:20 Ziyad selamat dilahirkan dengan bantuan doktor dan misi2 yg baik hati.
Pagi tu pergi sekolah macam biasa...ada program 3 penjuru a.k.a amik result peksa pertengahan tahun. Nak dekat kul 12 pinggang pun rasa sakit2...duduk lama x boleh berdiri lama pun x boleh. Normal kot sebab dah 39 weeks of pregnancy. Adnin 34 weeks Syirah 36 weeks...pengalaman bersalin mmg lain2 la kan...Lupalak nak bgtau...2 hari sblm bersalin mama tgk hp n bc newsfeed @wassap lama2 mata mama mcm ada bintang2 n pening pastu kena tidur jap br penig tu hilang. Cerita kat kak maz dia kata nak bersalin kot. Mama pula ingatkn pasal mama br tukar tempered glass screen ni. Rupanya jangkaan kak maz lebih tepat. Ok sambung balik.
Settle semua mama pun berangkat pulang ke Mambau...amik abang n kakak...abang dicutikan hrni..
.maleh mama nak bawak g skul. Balik rumah s2...ehhh rumah mama kat kerisi indah dah dpt kunci tau...sempat amik kunci minggu lepas. Nnt citer eh. Smpi rumah rasa penat sgt...tido jap lah...tp perut rasa x sedap jgk dlm pada itu. Terjaga 2 kali g toilet...ehhh mcm nak bersalin je ni. Sakit perut pun dah mcm kerap. Pukul 5 rasanya dah x tahan lg sbb nak bergerak pun tersekat2. Konon nak g bazar ramadhan la tu. Tapi...x boleh lawan sakit yg dtg. Tiada tanda mcm darah atau air pun tp sakitnya hanya Allah yg tau.
Mama: Bang...bangun bang.
Hubby: Ada apa ni?
Mama: Rasa mcm dah nak bersalin la. Baby mcm dah ada kat bawah ni.
Hubby: Ehhh...mcm mana pulak baby boleh ada kat bawah?
(Ehh mamat ni...soalan tak kena gaya betul)
Mama: Sy tau la sbb sakit mcm ni rasanya masa dkt katil labour room dah. Cepat la g bazar ramadhan beli makanan. Karang misi marah x de tenaga nak meneran.
Selepas berbuka puasa jam 5:30 ptg dgn nasi ambeng acik bumbu....kami pun berangkat ke spital. Beg2 semua kena siap awal tau utk hal2 sebegini rupa. Anak2 hntr ke Mambau. Encik asben pulak dgn gaya pemandu F1 dah mencilok sana sini dgn lampu kelap kelip...budget ambulans la tu. Dah la time org keluar opis n cr juadah berbuka ye tak.
Akhirnya selamat sampai...housemanship cek bukaan ala baru 1cm je ni. Staff nurse pulak ckp: muka mcm ni ko kata 1cm...meh sini aku seluk pulak..Ya Allah dah 6cm doktor oiii...Lari terus en doktor yg houseman tu. Takut kena bebel la tu.
Cepat2 nurse tlg tukar bj amik itu ini..cr asben suruh dftr bagai. Terima kasih nurse. Disorong ke labour room...ehhh ini wad bersalin baru tau yg mama pergi kali ni. 1 bilik 1 org bersalin. Sambil disorong sambil dgr diorg berborak pasal mydin yg br bk kat senawang. Kikiki...terhibur jgk la n ilang sikit sakit nak beranak.
Sampai dalam tu..ramai dah menunggu..Oh tidakkkk...ada dr lelaki huhuhu...sebelum ni pempuan je yg smbt baby. Redah je la. Redha n tawakal...niat kita nak lahirkan baby ye tak. Air ketuban dipecahkan n mula la proses bersalinkan Ziyad. Nurse kata mmg dia nak keluar masa azan buka puasa ni....mmg betul pun. Azan je dia selamat dilahirkan. Dan mcm biasa anak2 mama semuanya suka g NICU dulu tp Ziyad utk 48 jam je nak pantau sbb mama GBS carrier.
Alamak kakak Syirah dah bangun...sambung nnt eh.
Thursday, September 1, 2016
Kelahiran Muhammad Ziyad
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment