Tuesday, October 2, 2012

berita terkini...

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
Hai semua...Alhamdulillah...kertas soalan KH dan MT dah selesai dibuat. Tunggu finaliza KP je. Moga2 lepas la kan...malas la nak buat kerja 2 3 x...tp dah check 2 3 x pun mesti ada yang nak salah di mana-mana. Hisyh...tension tul.
Abah pun dah telefon dari Madinah. Alhamdulillah...semuanya sihat sejahtera. Tapi tak dapat cakap dengan mak pun. Rindunya........ 3hb ni mereka akan berangkat ke Kota mekah pula. Moga perjalanan mereka dilindungan Allah SWT.
Sekarang nak buat laporan penilaian prestasi pulak. Malas sungguh bab-bab isi borang ni. Tp kena isi jugak la...kalau x nnt demerit pulak kang.
Adnin pulak dah kembali ke sekolah setelah 2 minggu bercuti. Sekolah dia tak cuti, dia je yang cuti batuk n selsema. Xmo la anto kat sekolah...nnt jangkit kat kawan-kawan lain pulak. Mcm biasa la dia tetap susah nak bnagun tido n nangis2 nak air panas. (Hehehe...ayah...bila nak pasang water heater ni) Sepatutnya hari Ahad lepas dia ada sukaneka tp x masuk acara papepun. Cikgu suruh lari dia larik sampai ke mana2 ntah. Tak faham lagi bab2 pertandingan ni kot. Takpe la...tahun depan ada rezeki denin masuk sukaneka ye.
Petang ni ada LDP pulak sampai pukul 5. Adoyai..tajuknya pengurusan stress tapi bertambah stress la pulak nnt. X pe, saya dah sediakan mcm2 jajan utk kengkawan bg elakkan rasa ngantuk...jumpa petang ni ye...

First time Adnin ke pantai...(dah lama dah gambar ni)

Sunday, September 16, 2012

Berakhirnya Syawal...

Assalamualaikum...
Nampaknya kita dah sampai ke penghujung Syawal dan dah masuk Zulkaedah. Lepas tu Zulhijjah. Habis setahun bulan-bulan Islam. Alhamdulillah...tahun ni mak dan abah akan mengerjakan haji buat pertama kalinya. InsyaAllah akan berlepas 25hb September (0130hrs). Macam-macam pesanan yang dititip buat yang bakal tinggal ini. X lupa jgk pesanan utk si Sasi (kucing mak). Jgn x blk jenguk rumah, tgk2 kan dak faizal, siram pokok, bagi Sasi makan, sapu umah dsbnya. InsyaAllah mak...jgn dirisaukan urusan di sini.
Serahkan segala2nya kepada Allah. Tumpukan pada ibadah sepanjang berada di sana.
Sebenarnya saya dah mula rasa sedih dah. Tp x baik gitu kan. Nnt mak lagi sedih pulak. Kena cover ni...mata ni nak berair je bila duk dekat ngan mak. Alahai...mata ni nak nangis lagi la ni...

Tuesday, September 11, 2012

Tugasku belum selesai...

Assalamulaikum...n selamat hari raya Aidilfitri...(Masih belum terlewat rasanya sebab hari ni baru 24 Syawal) . Tajuk kat atas tu rasanya lebih sesuai berbunyi macam ni...Tugasku belum selesai dan tak akan selesai hinggalah pencen.. hehehehe.... Apa-apapun tugas tetap tugas dan akan dilaksanakan sebaik mungkin.
Baru selesai isi markah PKSR Ogos. X guna SAPS pun kali ni. Guna manual pun susah jugak sbb nak key-in markah semua subjek. Berpinau-pinau mata ku ini. Nak print ink dah habis pulak. Nak guna printer sekolah...hbs pendrive bervirus. Heh...macam2 hal. Jadi, balik sekolah...hbs kelas bimbingan nanti nak g beli ink lah.
Buku yang belum tanda ialah buku 5B n buku 5A. Jap g nak start tanda n kena hentikan segala tenet intenet ni. Kalau x mmg x jadi kerja punya la.
Budak2 thn 6 tgh UPSR. So murid thn 1 dan 2 dicutikan. Sebenarnya cutikan semua pun ok. Sebab apa tau...diorg ni mmg mulut x hengat dunia puya. Bercakap menjerit2 mcm kawan dia sebatu jauhnya. Pastu berlari2 smbl bergelak ketawa n smpi bergaduh pun ada. Nasib la kan...
Nnt ada masa lapang saya update lagi eh...bubye...

Tuesday, August 7, 2012

Musim peperiksaan...

Salam Ramadhan 18, 1433H....
Hari ini bermulanya PKSR Ogos...budak2 ni tgh exam barula saya menyebukkan diri dgn menanda buku murid2 yg agak melebihi dejavu di kinabalu nih...Exam Math kan hari khamis...so pulun habis la sekarang..tapi boleh ke tanda buku smbl update entry ni...boleh saja kalau mau donggggg....
Masa jaga exam kat kelas 5 Rajin td boleh la tanda buku dgn aman dan tenang...tp klu dah jaga kat 5 Amanah tu ...apa pun x bleh...
Lepas tadarus tadi sambung tanda buku lagi...lagi dan lagi...n dah hampir siap pun kelas 5 Bestari nye buku. Kejap lagi plan nak tanda buku 5 Amanah pulak. Budak kelas 5 Amanah ni sikit je...20 org. Tapi nak nanda buku punya la seksa...dgn tulisannya...dgn jawapannya yg ntah ke mana. Padahal suruh salin je jawapan kat papan hitam tu. X usah mimpi la nak bagi homework ke extra exercise ke. Try la bagi 1 soalan suh buat kat umah...sok paginya kita jugakla yg kena bagi jwpn...apa pun x bleh..
Itulah kan kehidupan seorang cikgu. Nyesal...? X mungkin. Ini lah cita2 sejak kecil dan skrg dah tercapai...buktikanlah yang anda boleh...
Hehehe...motivasi utk diri sendiri tu...

Tuesday, July 31, 2012

Ramadhan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Hari ini berapa Ramadhan ye...ohhhh....dah 11 Ramadhan1433 rupanya. Cepatnya masa berlalu meninggalkan kita tanpa kita sedari. Mungkin terlalu sibuk dengan hal2 keduniaan yang menyebabkan saya terleka dengannya. Ya Allah...jangan lah Kau jadikan duniaku lebih baik dari akhiratku. Kadang2 rasa sedih kerana tak dapat memiliki kesemua hikmah Ramadhan.


Sebenarnya takla berapa busy Ramadhan kali ini. Saya mula naik sekolah 23hb tu dah mula dikunjungi Mrs.P. Tula pasal agaknya. (Kena ganti 6 hari tahun ni  ^v^ ). Suasana kat sekolah pun agak terkawal...bukan terkawal apa pun...x de la terkejar2 sgt ngan meeting, LADAP dsb. Waktu rehat dipenuhi dengan Tadarus al-Quran. Yang x terkawalnya murid kap lam ya nga.....
Kerja-kerja PSS pun dah siap...soalan dah siap...tinggal nak stapler je. PKSR Ogos is just round in the corner...7 - 9 Ogos ni. Sekarang nak kemas bengkel KH sebelum raya. Masa raya nanti xde la teringat2 bengkel yang bersepah. Buku latihan pun banyak yang belum ditanda ni. Mesti siapkan dalam  minggu ni jugak sebab next week kan dah nak exam. Kesian bebudak ni susah nak revision nnt. (kot ye la diorg buat revision)
Tahun ini merupakan kali keenam saya berpuasa di samping suami ( kitorg kawin sebulan sebelum puasa) dan tahun keempat saya puasa dengan adnin nan seorang. Kali pertama...berpuasa di rumah ibu mertua ku. Kali kedua pun sama. Tahun ketiga barulah duduk sendiri...sahur bersama tapi buka puasa sensorang....Adnin kecik lagi...x puasa. Sebabnya...en. asben g niaga...sekarang pun macam tu jugak...tapi Adnin dah besar...w/pun x puasa dia akan mengacau mamanya buka puasa.
Sekarang lagi tambah sibuk...pas sahur, terus ngemas dapur, mandi, solat, kejutkan adnin nak g PASTI....punyalah payah nak bangun...smpi kena heret ke bilik air...pastu nak air panas...Semua tu menyebabkan saya sering sampai lmbt ke sekolah. (Sorry GB...x sengaja)
Balik dr sekolah singgah Mambau (umah ibi mertuaku)...amik Adnin...kengkadang lajak lepak sampai kul 5. Nonton la katakan. Lepas tu hehehe...klu rajin masak la apa2...klu malas singgah la pasar ramadhan S2....mcm2 adaaaaaaaaaaa.
Okey la...berhenti menceceh sekarang...nak sambung buat kerja2 yang tertangguh...
See u then.

Monday, July 30, 2012

Masukkan polistrin kecik dalam hidung

Salam 10 Ramadhan...
Sejak mula sekolah ni dah jarang dpt berblog...bukan apa...kebanyakkan hari laptop ditinggalkan di sekolah. Malas nak angkut balik. Nak beli tablet rasa mcm x sesuai pulak. Mesti asyik rebut ngan Adnin nanti.
Nak cerita pasal Adnin lagi ni. Kes ni jadi masa minggu kedua mc jugak. Dia main2 ngan polistrin kecik yang ada pada bunga nenek dia. Lama jugak la dia ngulit ngan polistrin tu sampai baring2 lagi. Tetiba dia dtg kat saya dan tunjuk hidung dia. Sudah.....mesti dia masukkan polistrin tu dalam hidung dia. Cuba nak tgk guna lampu suluh tapi x dibaginya. @ last dia tido, x nangis pun. Fikir positif " dia x masukkan polistrin lam idung". Cuba gak carik polistrin tu kat tmpt tidur dia tp x jumpa plak.
4 hari pastu, dia agak sporting...sy bersihkan hidung dia...belek punya belek ternampakla satu benda warna puith. Sebelah kiri dia. Dah sah ada polistrin dalam tu sbb belah kanan nmpk clear je.
Terus siap2 n pergi KK S2. Dr kata ada benda tp x leh nak buat sbb x de peralatannya. Diarahkan pergi ke HTJ bhgn emergency...Emergency lak x leh buat katanya. Pergi ENT. Akhirnya selesai jugak kes ni. Sampai 2 org dr n 1 misi yg menjayakan misi kali ini. Badan adnin dibalut agar dia x meronta2. Jerit sikit punya x ingat dunia. TQ dr n misi.
Moralnya...klu dah mmg nmpk anak main something n something tu tetiba takde...mesti ada pape yang berlaku. Jadi cepat2 bertindak n jgn jadi mcm saya. Adnin tu klu senyap n baik je mesti ada pape yg dia buat. Mesti nak g cek selalu apa yg dia buat.

Friday, July 27, 2012

Jangkitan kuman...

Salam semua....Salam Ramadhan...
Dah lama tak berkunjung ke sini...broadband punya hal...dah patah...petang tadi baru carik gantinya...terbang jugak RM150. Takpe la....x me g kan nak dapat bonus...hehehe.
Alhamdulillah...syukur atas nikmat Allah yang tak terhingga.
Alhamdulillah jugak saya dapat hantar Adnin ke sekolah pada minggu kedua saya MC tu...tapi on off jugak la dia. Minggu ke 3 n ke 4 langsung dah x g sekolah. Ada bintik kecik kat dahi dia...ingatkan chicken pox...dr kat Anjung Karisma ckp gitu...tapi dah dua hari semakin merebak n saya semakin risau. Dah jadi mcm kudis2...hitam hitam pulak tu....tempat lain x de pun...kat dahi je...n merebak ke bahagian mata dah. Terus bawak dia ke KK Sbn 2. Dr kata jangkitan kuman...suh bubuh whitfield ointment...tapi pas dua hari x baik2 jugak. @ last ke Poliklinik Raj kat Jln Rasah. Kak Zah tukang jahit yang syorkan.
Dr kata memang betul ada jangkitan kuman. Dia bagi krim sapu n antibiotik. Nak bagi ubat kat adnin bukannya senang...mcm ada penderaan di bilik air je kalau org dgr....siap muntah2 lagi. Tapi nak buat camne kan..kena bagi jugak...klu x makin melarat pulak nnt. Dah sampai ke pipi dah...x ensem la anak mama masa raya nanti.Pastu sapu krim.
Esoknya dah nmpk perubahan...kudis2 dah luruh...tinggal kesan je...xde smpi jadi parut. Dah elok nnt...baru sapu nutririch oil...bagi ilangkan kesan kudis dia. Alhamdulillah selesai satu kes. Sebelum ni ada jugak kes dia buat masa minggu kedua mc tu...nnt la cerita...nak siapkan bahan tumis sayur. Sahur sok x la gesa2 sgt ( kot ye lah.... ;-)

Sunday, July 1, 2012

Nak hantar Adnin ke sekolah....

Salam semua...
Hari ni dah kira seminggu jugakla saya keluar wad. Alhamdulillah, semakin sihat dab rasanya dah ada kekuatan. Esok rasanya nak hantar Adnin ke PASTI. Lama benar lak rasanya dia x sekolah. Sayang...
Kalu lama sgt x sekolah nnt dia jadi macam masa nak ke sekolah lepas cuti skolah 2 minggu hrtu.
Nangis2 dia x nak keluar dr kereta...siap pegang seat lagi. 2nd day dah boleh keluar dari kereta sendiri tapi nangis peluk mama dia kuat2...xmo berpisah la tu..Tapi tinggalkan jugak dia. Nanti dia ok latu malahan jadi bos segala aktiviti nnt.
Esok, saya berharap sangat yang Allah akan beri saya kekuatan utntuk menghantar Adnin ke sekolah dia. Ya Allah YA Tuhanku...sesungguhnya sakit yang Kau berikan ini...moga2 ia dapat menghapuskan dosa2 kecilku di masa lalu. Berikanlah aku kekuatan untuk menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini.

p.s : saya dengar saya dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2011. Tunggu..............

Wednesday, June 27, 2012


Salam semua..
Pagi ni bangun tido rasa sakit pulak belah kanan ni. Rasa mcm baru selesai operate lak. Hisyh....takut la pulak. Patutnya makin x sakit tapi ni dah lain macam pulak. Mak kata bnyk sgt makan buah pulasan. Ye ke haaa. Ntah2 lama sgt dok dpn laptop kot.
Tgh mlm td terjaga, tgk ada sms dr sue. Rindu nak balik gadong katanya. Reply: cabaran baru bermula. Kena lebih semangat. Padahal dlm hati ini, rindu kat sue jugak. Automatically saya menangis. (sekarang perasaan terlebih sensitif) Selalu dia blk tiap2 minggu memeriahkan rumah, tapi sekarang x lagi. X tau la bila dia dpt blk gadong.
Tapi hidup kena diteruskan jgk kan. Pilihan dah dibuat dan kita bertanggungjawab atas segala yg berlaku lepas tu. Cekalkan hati ye dik.



Tuesday, June 26, 2012

Selamat Bercuti...

Selamat bercuti buat diri sendiri.
Lepas operate...saya dapat cuti sebulan. Memula dr cina tu bagi 3 hari. Pastu dia cancel bagi 7 hari. x boleh jadi ni. Dia ingat lapa surgery je kot. Dia x tau saya buang tiub sekali agaknya. Dr pakar ckp bagi sy cuti sebulan, then dia cancel lg n bagi sebulan cuti kat saya dari tarikh masuk wad.
Bercuti tapi sakit...itulah keadaan yg sebenarnya. Mintak asben hantar ke rumah mak. Biar saya berpantang di rumah mak je. Senang sikit. Hari ni, hari ke 4 selepas operate...masih ras sakit lg esp. belah kanan. Lama-lama nanti ok la. Dr ckp pun amik masa dlm seminggu nak elok betul...Semoga saya kembali sihat seperti sedia kala untuk menyambung tugas2 yang belum selesai.
29hb ni ada pertemuan dgn ibu bapa. Nampaknya  x dpt join. Kak Aneeza tolong bereskan kerja2 slip peperiksaan. Intan akan cover masa perjumpaan sok. Thanks semua. Jasa kalian menggunung tinggi.
Hari sukan pun x lama lagi. Sebagai ketua rumah sukan tahun ni, saya x dpt menabur bakti. Selamat berjuang guru-guru rumah kuning. Semoga kita jadi juara lagi tahun ni. InsyaAllah.
Dok kat umah..asik RTM je...rehat,tidur,makan. Pastu layan adnin yang pelbagai ragam. Alhamdulillah, sy dah ada adnin. Jika Allah dah takdirkan saya ada adnin sorang, saya redha   kerana Allah pun tahu saya mampu jaga adnin sorang je. Itupun kadang2 x mampu. Perancangan manusia memang teliti tapi perancangan Allah hebat sekali. Insafnya diri ini....





Adik Adnin dah takde....

Salam semua...sambungan cerita balik dari langkawi dapat disambung hari ini. 

20hb.... Pergi appointment scan. Berdebar-debar je tunggu dipanggil masuk. Resultnya..... jeng...jeng...jeng.... X nampak jugak kantung baby. Sampai panggil pakar suruh tolong tengokkan. Ya Allah...ujianMu.... Amik darah lagi....besok diorg akan telefon bagitau resultnya. 
 21hb...1030hrs 
O&G Clinic telefon.... Sila ke klinik sekarang puan dan puan perlu buat persediaan untuk masuk wad. Mengapa????????? Bacaan beta HCG meningkat 20x ganda dan pemeriksaan seterusnya perlu dibuat. Sampai diwad, scan lagi....n x nampak jugak. Saranan doktor : laparoscopy... Terus ready untuk ke dewan bedah..tapi x boleh buat sekarang..baru lepas makan nasi lemak...pulak... Mungkin pukul 6 nnt akan berangkat ke sana. Tunggu dalam penuh debaran. Segalanya saya serahkan pada Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya Dia tidak akan membebankan hambaNya melainkan ianya mampu ditanggung. 1900hrs...berangkat ke dewan bedah... 
22hb....0100hrs 
terjaga dari lena yang panjang...sakitnya perut. Ada 3 tempat berplaster. Pusat...perut kanan...perut kiri... Nak bangun g toilet tapi x mampu...dalam keadaan separuh sedar lagi sambung tido... 
0500hrs... 
terjaga nak pegi toilet. Gagahkan diri untuk bangun berengsot2. Ya Allah, ini baru sikit belah perut...kalau banyak x tau la sakitnya macam mana. Berjaya jugak ke toilet, tapi ada masalah nak baring semula. Pergh....sakiiiiiiiiiiiiiit!!!!!!! 
0800 hrs... 
tertanya-tanya jugak apa yang dah dibuat kat perut ni. Fail x de lak depan ni. Doktor yg bertugas pagi pun x tau sbb fail x de. 
1330hrs 
Kak Darma n anaknya haziqah datang melawat. Then, menyusul Kak Maz n Pesah. Masa tu doktor datang n terus tanya dia. Maka, sahihlah saya mengandung luar rahim (ectopic pregnancy), sebelah kanan tiub fallapio x dpt diselamtkan. 
Maka...sahihlah bahawa Adik Adnin dah xde...dan saya terimanya dengan redha dan yakin dengan takdir Allah. 
Maka dengan ini secara rasminya pregnancy ticker akan di delete. Sayang memang sayang tapi........

Sunday, June 10, 2012

Balik dari langkawi punya cerita....

Yang ini pulak versi dah balik dari langkawi punya cerita....
Al kisahnya bermula di pagi khamis 30 Mei...
Pegi htj ngan adnin. Ada appointment speech theraphy. Parking keta kat padang bola lama...pas tu naik shuttle. Selesai sesi terapi pegi paed pulak, tukar appointment. Patutnya kena g 30 May tp lom blk tang langkawi pun masa tu.
Tetiba rasa sakit perut belah kanan. Buat2 x layan n terus tgu shuttle utk ke parking lot. Alhamdulillah shuttle cepat tiba n sesampainya di parking lot sakit perut ni dah x boleh nak dikawal lagi. Kaki kanan ni pun dah x boleh nak angkat. Gagahkan jugak diri pgi kat keta dan berehat jap kot2 boleh reda n boleh drive blk umah. Nak dkt stengah jam jgk nahan sakit lam keta.
Dah nekad dah...klu nmpk je ada orang lalu nak mintak tolong je. Ada la sorang perempuan India lalu situ dan tanpa membuang masa mintak tolong beliau utk call ambulan. Bersungguh2 dia nak tolong masa tu. Alhamdulillah, 15 minit pas tu ambulans pun sampai dan merasa la saya dan adnin naik ambulans time tu. Terus bwk ke kecemasan...zon kuning means separa kritikal. Mulalah doktor yangb bertugas tanya bermacam2 soalan. Saya pulak mmg tgh period masa tu. Jadi soalan bnyk berkaitan dgn hal2 period pain n sebagainya. Si adnin lak kejap2 hilang. Mintak tolong nurse carikan...call en. asben suh bwk denin blk. Masa tu jgk buat urine test dan blood test.
Doktor tetiba tanya...kalau puan mengandung...ini adalah kandungan ke berapa? Haaaa...mengandung????? Ye UPT menunjukkan positif dan blood test pun positif. Tapi disebabkan puan dah turun darah....kami akan buat rawatan susulan. Masya Allah saya x tahu pun saya pregnant...mungkin dlm 5 minggu kot. Ya Allah selamatkanlah janin ku ini. Rawatan seterusnya mula dibuat iaitu merodok dengan muncung itik besi. Ingatkan dah x merasa benda ni lagi lps EEPROM Adnin....kena lagi la gamaknya ni. Didapati puan telah KEGUGURAN dan masih ada sisa di dalam. Jadi puan akan di hantar ke wad utk rawatan lanjutan...kata dr. Apalagi...menggigil seluruh badan. Tepon en. asben smbl nangis2. Lepas tu tepon mak pulak. (masih nangis2)
Lepas tu bergerak pulak ke Wad 2A. Doktor pun tanya lagi lagi dan lagi. Kena rodok lagi sekali dgn muncung itik besi. Siap suluh2 lagi nak tengok kat mana gugurnya. Tapi.........doktor cakap....x ada apa2 lubang pun yang kami nak tarik apa2 benda yang gugur. Macam mana doktor kat emergency boleh diagnos incomplete miscarriage ni.
Haaaaaaa.....sekali lagi saya melopong dan semakin konfius. Scan tang bawah pulak....tapi x nmpk kantung baby la puan...hissy.....semakin konfius antara saya sebenarnya mengandung ke idak ni. Dalam tempoh bertenang saya x nangis lagi. Saya redha dengan ketentuan Allah. Jika ditakdirkan saya dikurniakan bayi buat kali kedua...alhamdulillah. dan sekiranya tidak menjadi...saya redha kerana sesungguhnya perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik. So, the plan is...kami akan ambik darah puan. kami akan uji beta HCG nya. Sekiranya normal, kami akan uji lagi selepas 48 jam. Sekiranya bacaannya luar biasa...mungkin puan mengandung luar rahim dan akan dibedah. Akhirnya selepas berpuasa sehingga jam 8 mlm, result darah keluar n puan boleh makan sekarang ye. Bacaannya normal. Alhamdulillah. Jadi, lepas 2 hari di sini, kena amik darah lagi dan tunggu lagi. Kalau bacaan meningkat sekali ganda, maknanya insyaAllah baby ada lagi. Klu bacaan gitu sama je, ada something wrong somewhere. Dan kalau bacaannya rendah maknanya baby dah xde. Xpayah puasa kali ni.
Amik darah hari sabtu...resultnya keluar petang Ahad. Seksa betul menunggu. Resultnya ialah.....meningkat sekali ganda. Maknanya insyaAllah baby ada lagi. Pergi scan tapi....x nmpk kantung pun. Xpe la....esk leh discharge n nnt pegi scan kat pakar 20 hb Jun ini. Isnin...blk rumah. Beli UPT and test sendiri baru puas hati. Jadi 20hb ni adalah penentu segalanya. Ya Allah...kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah agar dapat berbakti kepada agamaMu ini Ya Allah. So...tunggu cerita 20hb ni ye....

 

Saturday, June 9, 2012

Langkawi punya cerita...

Salam semua dan salam 1 Malaysia... 
Cuti sekolah dah nak habis. Macam sekejap je cuti kali ni...hehehe...(Nak cuti lelama benti ngajo la kak). Cuti sekolah kali ini banyak betul memori dan story morry yang tak dapat dilupakan. Memori pertama ialah pegi Langkawi Island secara mengejut. Ada ke patut dalam kul 10 mlm hari Ahad minggu pertama cuti tu En. Asben ku suruh siap2 kemas baju. Jap g abang balik amik awak. Malam ni gak kita ke Langkawi. Chewah...dia hengat Langkawi tu mcm nak g Melaka ke...Layan kan je la...ye la bang...saya siap2 ni. Kemas kan la apa yang patut. Adnin dah siap tido pun. 
Kejap x kejap pas tu En. Asben pun pulang ke rumah sambil membuat lawak yg x kelako....awak nak pegi Langkawi ke dik??? Masih berupaya nak layan lawak dia...saya pun jwb...tadi ajak la ni tanya pulak. Kita g sokgi la dik. Abang penat la. Ye la bang...(sebagai isteri yang solehah...ikutkan je...;)
Dalam ati : tau pun penat..ingatkan dah x kenal penat tadi. Nasib baik saya x siap lawa2 tadi...sebab apa tau...sbb dah tau dah ini akan terjadi...hehehe. Nak dekat 5 tahun hidup bersama...tau sgt dah perangai en. asben ku ini. 
Pagi besoknya..pun x pagi jgkla...kami pun berangkat ke langkawi bersama MIL tersayang. Nak pegi umah anak buah dia sebenarnya. Ada kenduri all in 1 dengarnya. X kisahla asalkan saya berjaya keluar dr sbn sempena cuti sekolah ni. Dah maghrib baru sampai kat jeti Kuala Kedah. Siap muntah bagai atas feri. Bukan apa...rasa mcm terperuk sgt feri tu. Adnin lak x berapa nak sediam...bertambah fenin2 la kepala makcik ni ha. 
Dalam pukul 10.30 barula smpi ke rumah sepupu en. asben ku itu. Pagi tu dgn x sbrnya saya menggesa asben ku utk merayau2 di sekitar pulau. Ye la kan...buat apa susah2 naik feri nak smpi ke pulau lagenda ni klu semata2 nak tido baring je. MIL ku x mau pulak...beliau kata tengahari sikit kang. Klu gitu kami gerak dulu la ye. (smpi ati nye menantu). X la....ramai lagi sepupu yg nak g jenjln ngan dia nnt. Biokanledia. Perkara pertama yang dibuat membeli kamera baru...(digicam lama adni dah rosakkan) hahaha tujuan utama ku ke pulau ini. Berjaya dapatkan NIKON Coolpix dgn rega RM1200. (dgn ehsan asbenku...tima kasih abang...dgn nada malu2 yang x berapa nak malu)Pastu jln2 di pekan kuah, redah perkampungan wanita lagenda...Mahsuri. Naik cable car....sanggup beratur pnjg. pastu g telaga ayer panas. Lum penah pegi lagi tempat ni..mmg bes....x ramai orang...dpt rendam kaki puas2. 
Pastu blk dan terus kong anak beranak. Esoknya x ke mana pun sbb dah nak bertolak balik ke Seremban. 
Antara gambo2 kenangan di Langkawi...(guna kamera baru la katakan...)

Wednesday, March 28, 2012

Banyak cerita...tapi...

Salam...macam tajuk jugak...banyak cerita yang nak dikongsi tapi rasanya tak terluah...tapi akan diceritakan jugak sedikit demi sedikit. Nak kena ingat balik apa yang berlaku dalam 2 bln lepas. Lepas pihak nazir datang menjengah langsung x berfb mahupun berblog. Bz ngan exam pulak lepas tu n kenduri adik perempuanku..Siti Suhaida. Cerita pasal Adnin pun banyak juga. Rasanya lepas ni dah ok kot...harap semuanya on track. Semenjak dua menjak ni terasa sgt pengurusan masa ku yang semakin merudum. Tapi InsyaAllah akan diperbetulkan dan rasa ingin memotivasikan diri sendiri semakin kuat. Ya Allah ...kepadaMu sahaja tempat ku bermohon.

Sunday, January 22, 2012

Hujung Minggu...

Ahad...ada kenduri doa selamat kat umah Pak Tam, sempena majlis pertunangan en. amrullah...sepupuku itu...Lepas balik dari Zemart baru ke sana dgn sue n adnin. Mak pagi2 sesudah subuh sudah ke sana dgn abah...(tipu la tu)
Petang baru diorg ke umah belah pempuan...kat nilai perdana dgrnya...Saya...??? X pegi pun...baik jaga adnin kat umah...klu x dia bermaharajalela kat umah bakal maple lak nnt. Tido petang blm lagi tu...main je kejenya smbl mengemas umah neneknya. Adnin...adnin...

Friday, January 20, 2012

Ketemu kembali

Salam semua....ketemu lagi dalam lembaran maya ini...dah lama tak menulis...bz mmg bz dan mmg tak dapat dielakkan. Tugas utama perlu dilaksanakan terlebih dahulu...ye dak. Hmmmm...minit mesyuarat HEM dah siap, minit mesyuarat KH pun kak ila dah siapkan n dah anto kat GPK. Rekod kedatangan ada sikit lagi maklumat murid yang x lengkap. Yang belum siap ialah rait buku budak...hahaha...raya cina ni berholiday dgn buku anak murid le nampaknya...
Kelas pulak....nak buat apa lagi ye...gambo terkini lupa suda nak snap...bz la katakan...
Adnin...dicutikan dari prasekolah sejak hari rabu hari tu.Pembantu xde...kesian lak kat pika yang terkejar2 ngan dak denin...melasak sgh dia mgu ni....dah mcmn sekolah ayah eh dibuatnya. Sampai ke padang lepasnya dia. Next week pas cuti raya cina baru smbg school ye denin...kasut sekolah sampai ilang suda...ntah mana diletakkan dek ayahnya. Baju...??? X usah citer la...hbs kena karat semuanya...(tempat beratur kat kantin tu dah berkarat...adnin bersenggayut kat sana la...)tgl selai je msh elok. Nnt kita g kedai Ayah man lagi ye...beli yg baru...



Tuesday, January 3, 2012

MAKING OF 5 RAJIN/2012

Entry ini akan memuatkan rentetan aktiviti mewujudkan kelas 5 Rajin yang baru di tahun 2012. Selepas mendapat berita tidak rasmi dari GB bahawa kelas 5 rajin akan bertukar ke level 3, cepat2 saya ke sekolah. nak tgk pemandangan kelas baharu la katakan. Kusss semangat...kosong sekosong-kosong nya...yg ada hanyalah meja2 yg dah x elok, softboard yang berlubang dan dinding yang kotor. So, cepat2 ke kelas lama...amik segala mak nenek yang boleh digunakan lagi, simpan dalam bengkel. Kat kepala ni mcm2 perkara yang timbul...x kurang jgk idea2 bernas utk mengindahkn kelas baharu...yeeeehaaaa...
So...saksikanlah THE MAKING OF 5 RAJIN 2012....

Suasana kelas yang telah bertukar wajah...softboard dah ditampal dgn sugar paper...border guna wrapping paper...

Softboard depan tampal dgn manila kad warna pink...Kat papan hijau tu ada tulisan guna liquid paper...guna thinner boleh hilang x? Ada masa nnt nak cuba laaa...

Haaa...inilah masalah dia...kesan tampalan yang mmg susah nak dihilangkan...puas jgk koyakkan sikit2...nak g amik scrapper kat bengkl malas pulak nak turun...Nanti nak tampal gambar bunga laaa...

Adnin sempat bergambar di kelas mama sebelum sesi pendaftaran bermula...

Suasana hambar yg langsung tidak menaikkkan semangat untuk mengajar dan belajar....ngeh3x...nantikan detik2 the making yang lebih gempak selepas ini...(perasan la pulak....)

SELAMAT TAHUN BAHARU

Salam semua...beberapa hari xde entry...Selamat Tahun Baharu buat semua. Lepas daftar Adnin hari tu...terus balik kampung. Kenduri pertunangan Nana a.k.a Dhiya Farhana. X dapat tolong makcik buat apa2 pun. Sibuk kontrol deni yg asik nak naik pelamin mini dak Nana...oooohh tidak...terpaksa bawak denin lari umah nenek.
HARI PENDAFTARAN PRASEKOLAH ADNIN : 31 DISEMBER 2011