Pada 2 Oktober lepas, sempena cuti peristiwa sukan sekolah, kami bertiga ( saya, suami + adnin ke Zoo Negara. Rasanya saya tak pernah ke sini. Adnin memang baru first time ke zoo. Seronok juga ke zoo...tapi yang tak best bila adnin takut dengan burung undan dan flamingo yang bertebaran bebas di sekitar kolam. Terus tak jadi nak berjalan...kena naik tram pulak.
Inilah burung yang menakutkan adnin...ada lagi seekor yang paling besar dan nampak dah tua...time nak snap gambar dia dah terbang la pulak...terbang rendah je...
Adnin terus melekap pada ayahnya sambil terjerit2...konon2 burung tu nak kejar dia la...
Dengan bangganya berposing di taman serangga...dalam zoo tu jugak...masih dalam kerja2 pengubahsuaian.
Bergambar di Pusat Pemuliharaan Orang Utan dan unta berbonggol 1.
seronok adnin.. budak2 mmg suka pi zoo kan. tapi eloklah, biar diorang kenal binatang... :D
ReplyDelete