Saturday, April 29, 2023

Syawal 8

Syawal, 8 -Sabtu(29/4/2023)
Pagi, tak ke mana. Kemas rumah, mop rumah...basuh kain...sidai kain.
Dah pesan awal pagi tadi suruh ayah bawak balik nasi lemak ayam untuk makan tengah hari. Mama malas masak hari ni. Petang sikit nak ke rumah GB lama, En. Sukrimi. Ada jamuan raya...awal sikit ada majlis pertunangan anak perempuannya.
Pukul 3 baru keluar rumah. Sampai kat Taman Seri Pagi tengok ramainya orang. Meriah betul rumah GB ni la. 
Makanan pun best2.
Sempat diorang bergambar sebelum balik tadi.
Sempat juga bergambar dengan kak ila. Yang lain dah balik dah. Diorg terus shoot ke rumah kak sanah pulak...Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak. Mama pun menyusul tak lama lepas tu. Lama tak ke rumah kak sanah.
Ada laksa Johor weiii....best3x.
Arah balik singgah food hunters pulak dah ayahnya. Nak nambah gula la tu.
Tak banyak barang sangat...perut pun kenyang jadi nafsu nafsi nak membeli tu kurang la kan.

Syawal 7

Syawal 7 - Jumaat ( 28/4/2023)
Tak ke mana hari ni. Masak nasi goreng merangkumi lunch. Plannya lepas Jumaat nak bawa anak3 makan kat luar. Hujan lebat seawal jam 1 petang. Baring2 dulu. Hujan reda baru kita keluar. Pusing2 area depan Mydin. Cari parking nak ke coffee bean...lastly parking tempat motor 😂. Ada satu lagi kereta ikut parking situ jugak. Dia pun dah penat pusing cari parking agak eh.
Settle makan...p Mydin top up apa2 yang kurang kat rumah. Cari kuah kacang segera #JamilahMansor sebenarnya tapi takde stok kata nya. Sedap kuah kacang nya...senang sikit kerja Mama kalau teringin nak makan nasi impit plastik dengan kuah kacang.
Nak try beli kat shoppe nanti ni. Nasi impit plastik dah siap beli dah pun.
Sebelum balik beli ayam #marrybrown dulu. Buat dinner pulak. Masak nasi lemak makan dengan ayam MB ni pun best jugak.
Nampak tu 👆...sedapkannn....tambah dengan salad... improvisation betul la kan. Anak3 pun dah kenyang ..semua tidur dengan suka hati.

Thursday, April 27, 2023

Syawal 1444

Allahu Akbar ...6 Syawal baru nak update blog... Mama ni pun...
Busy la raya ni. Kita wrap up sekali jalan la ya ceritera raya kita kali ini.
1 Syawal
Raya kat Mambau dulu. Tapau makanan...hantar kat matron sumathi ...banyak tolong dressing kaki ayah sampai dah elok ..tak elok balik ...dah elok....tak elok balik ..hihihi...bila nak habis daaaaa....
Balik TKI dulu..buh hasil tapauan dalam peti ais ..kalau tak basinle macam tahun3 sudah. Sebab mama kan terus shoot ke Nilai...kesian lauk pauk berpanasan dalam kereta.
Sampai ke Nilai...beraya rumah mak lang, induk dan makcik. Menu best2 tapi makan sikit2....diet perlu diteruskan hihihi. Dapat kurang sikit berat badan pun jadi la kannn. Puasa ritu turun jugak 2 3 kilo ...kot naik balik pas raya ni tak tau le.
Acara raya di kampung diakhiri dengan bergambo di tangga dan ucapan video raya.
lepas tu.kitorang shoot ke rumah kawan ayah kat desa vista...sebab dah dekat kan...teruslah beraya kat situ. Cantik view rumah kawan ayah tu. Lupa nak bergambo pulak.
Syirah bergambar dekat garden nekcik...style apa ntah sekarang main pejam2 mata pulak amik gambo.

Lepas tu balik Gadong....panaskan lauk pauk. Ready untuk dinner ..makan apa yang ada. Pukul 11 gitu balik TKI.
2 Syawal
Ke KL kita ..ingatkan tak jadi...lambat diorg gtau mama. Ke rumah pak ngah Hasan dulu di Ampang.
Beraya di rumah anaknya selepas mak ngah meninggal dunia. 
Kemudian kami ke rumah mak long bedah di Ulu Kelang.
Next...kita g umah Nana kat Hulu Langat. Rindu kat nana ni....lama tak jumpa.
Lastly..kita ke rumah kakak mubarak....sahaja ikut beraya...dah dekat2 je kawasan sana kan. Naik bukit turun bukit kita hari ni ya.
3 Syawal
Tak ke mana hari ni. Tengah hari baru nak keluar beraya ke rumah pak tam di LBJ. Makan tengah hari. 
Lepas tu ke Mitsui...cuci mato.

Syawal 4
Tak ke mana hari ni. Ke gadong kita seawal yang boleh. Ada buat makan2 untuk family Nilai. Family belah arwah abah. Ada yang kemas kebun dulu. Dah nak musim durian tak lama lagi. Sejak abah meninggal mama kurang sikit makan durian gadong. Teringat masa abah balik dari kuarantin. Sempat belah durian ambil isinya untuk mama bawak balik. Hisyhhh...sedih lagi mama ni karang.
Mama singgah kedai beli ubat nenek, beli ais, beli ayam bc dan beli tembikai.
Menu hari ni:
Asam pedas mambong dan selar
Sayur campur
Sambal belacan ulam timun
Telur dadar
Ikan masin bulu ayam
Air sirap
Alhamdulillah...Allah cukupkan rezeki semua orang. Lebihan lauk bawa ke makan malam.
Lepas maghrib baru ayah sampai. 
Layan anak buah main mercun dan bunga api dulu...pastu baru gerak ke TKI.
Syawal 5
Tak ke mana hari ni. Mak su dah balik pasir gudang malam tadi. Pak su pejai ada kat umah teman mak. Mama kemas laman rumah hari ni. Siap2 kemas, mandi then g keluar cari makan. Lapar weiiii. Makan pizza sedap jugak ni. Pergi NSK teman ayah beli barang niaga. Esok dah start niaga la tu. Mama tumpang sekaki beli apa yang patut dan yang tak patut.
Malam...keluar cari makan lagi...ingatkan nasi Arab damsyik kat sendayan tu bukak...rupanya tutup. Try cari kat cattleya senawang tu pun tutup jugak. Pergi chicken royale ..menu ayam je yang tinggal. Nak nasikkkk. Pergi mi hiris pun dah tak terima order. At last pergi leezo...lambat sikit dapat...hurmmmm...tunggu je la.
Sampai rumah ..tido....gemuk la cg ct bukak sekolah nanti ...huhuhu.
6 Syawal
Pun tak ke mana juga. Masak nasi lauk sup ayam dan perabis kan rendang rohani. Hujan petang .. ngantuk..tidur...bangun sakit kepala.
Malam ..Iwan, wani dan Marissa singgah rumah beraya. Diorang dari kedai nasi lemak mambau.
Then.... anak3 tidur. Ingat nak tengok TV tapi macam malas pulak.
Hurmmmm...settle update 6 raya. Posting terpanjang rasanya ni. Enjoyyyyy!!!





Sunday, April 23, 2023

Puasa Day 30

21/4/2023 - Jumaat
30 Ramadhan
Last puasa. Last sahur. Sahur ala kadar. Pagi kemas-kemas sikit. Buat kek batik buat makan buka puasa. Bawak syirah dan adik pergi Mydin. Selagi tak takbir....selagi tu la ada je benda nak beli. Nak cari handbag kata anak dara ni. Beli toiletries... banyak dah habis. Terus ke gadong. Adnin kita tinggalkan dengan ayah dulu. Solat jumaat dulu.
Kat umah mak tolong kacau mana2 yang patut.
Lepas asar g amik abang denin n ayah. Beli barang kiriman rumah gadong. 6:30 baru sampai gadong. Siap2 nak buka puasa puasa dah.

Berakhir Ramadhan tahun ni. Lepas buka puasa giliran cucu2 pulak buat kerja rumah. Ada yang sapu depan ada yang tukar sarung kusyen. 
Lepas isya' ada kumpulan takbir raya datang rumah. Mama nangis teringatkan atuk.

Puasa Day 29

20/4/2023
29 Ramadhan - Khamis
Sahur panaskan lauk apa yang ada je. Rendang rohani catering penyelamat keadaan. 
Tak keluar hari ni ...malas pulak. Petang sikit nak balik Gadong. Hari ni nak tgu pengumuman raya sama2 kat gadong. Buatkan bubur gandum untuk buka puasa. 
Tapi dah tertido pulak. Dah pukul 4:30 baru bangun & mula masak. Lambat jugak sampai gadong. Ayah pun dah tak niaga mulai hari ni. Sama2 balik Gadong. 
Settle buka puasa dengar pengumuman raya. Hehehe....esok puasa lagi geng.
Balik TKI dalam pukul 11 lebih jgk la.
Tido..tdo.....esok.nak sahur nakk oiii.


Thursday, April 20, 2023

Puasa Day 28

Rabu - 19/4/2023
28 Ramadhan
Sahur panaskan lauk yang ada. Kakak pun dah start tak makan nasi. Makan cornflakes je. Abang nin macam biasa mesti pekena nasi. Kat McD semalam dah siap2 tapau 2 ketul ayam goreng.
Settle sahur...basuh baju. Kemas almari dapur. Dulu2 gagah kemas semua almari dan kabinet...sekarang di mampu buat part by part je ... cepat je penatnya.
Nak balik Gadong buka puasa hari ni. Pak lang pun on his way to gadong. Meriah l buka puasa kita hari ini. Buat tahlil ringkas untuk arwah abah lepas tarawih.
Mama masak sup daging dan buat puding marble...nenek request nak hantar masjid dan makan buka puasa juga.
Dah siap semuanya ..mama mandi dan tidooo.
4:39 bangun...pun liat nak bangun .. anak3 yang paksa bangun.
Pisang belum beli cikgu ct oii...bangun cepat. Siap cepat seadanya. Cari pisang kat kedai buah sebelah Mega Indah. Dah masak sangat semuanya. Tapi beli juga... Pilih yang ok2 sikit.
Settled....gerak ke gadong ..singgah ke Pak Mart Sendayan beli ais dan ayam BBQ CP. Muak pulak makan ayam roasted BC...tukar selera hari ni.
Sibuk orang gadong prepare untuk moreh lepas tahlil.
Ada ayam goreng ( X yah goreng ayam CP)
Mi goreng
Kuih muih
Air koktel
Roti John
Untuk buka puasa ada masak lomak cili api daging salai dan sayur goreng.
Lepas iftar diorg ke masjid. Mama tak pergi...duk umah dgn aunty wani...kak syirah, syifa, iyad, piah, ucid dan icha. 
Layan Tamil....hihihi.
Selesai urusan di masjid...diorg pun dah balik...baru mama gerak balik ke TKI.
Ada oleh2 di tembok. Kak sal bagi kaftan untuk geng tadarus TKI ..cantikkk...terima kasih kak sal.

Rasanya Amal sedekah pizza hari ni...tapi takde kat tembok pun ...hihihi. Ayah dah amik kot. Siap siram pokok. Bagi adik susu...dia dah tido pun. Mama kejut jugak.
Nasi ada lagi...panaskan aje nanti. Sahur nanti makan sup daging dan lauk yang ditapau dari Gadong. 
Mandi...tidooo...😴😴😴😴

Puasa Day 27

Selasa - 18/4/2023
27 Ramadhan 
Rutin seperti biasa. Semangat lebih sikit. Esok dah mula cuti kannn.
Program khatam di sekolah hari ini dan penutupan Ihya' Ramadhan  Mama jadi camerawoman ganti hari ni. Lama tak ambil gambar...berpinau jugak mata.
Kakak dapat hadiah Johan Hafazan Kategori Perempuan Tahun 4. Tahniah kakak! Mama tak sangka. Teruskan usaha ya kakak. Dapat juga tempat ketiga Khat Jawi.
Penat sangat...macam period pulak ni....sabar je la. Nak solat Zuhur tengok dah tak boleh solat. Huhuhu...
Tunggu kakak dan adik habis KAFA. Tak tahu nak pergi mana beli juadah iftar. Fikir punya fikir.... Plannya...minum dan makan apa2 yang ada dulu. Lepas tu baru keluar.
So...ke McD la kita. Dah lama anak3 tak ke sana. Puasa kannnn. Sambil raikan kejayaan kakak. 
Balik rumah .. anak3 pun terus tidur... masing2 penat. Walaupun plannya...nak tengok TV sebab esok cuti kannn.
Mama tak boleh tido lagi...beresin hal rumah. Settle semua baru tido.

Monday, April 17, 2023

Puasa Day 26

Isnin - 17 April 2023
26 Ramadhan hari ni. 
Sahur macam biasa....panaskan lauk bawa dari Gadong je.
Settle semua siap2 mandi solat nak ke sekolah pulak. Minggu bertugas. Dua hari je bertugas. Kena jaga pagar tang balik 1240 nanti. Tapi mama ada kelas sampai 1310. Ganti dgn ustaz faisal. Selasa baru mama jaga pagar waktu balik.
4:40 baru gerak balik rumah. 5:30 gerak ke angsamas tapi gerai kak chaq tak buka pulak. Beli nasi beriani dan leng chee kang. Singgah pulak Bazar Ramadhan sendayan metropark...beli side dishes kununnnn..
Nak fikir untuk sahur pulak...ada nasi beriani tak berusik 1..ayam ada 2 ketul, ayam percik ada 2 ketul. Cukup la tu buat sahur kan.
Beresin baju Bajan sebelum tido. 2 trip malam ni. Ngantuk dah niiii....

Puasa Day 25

Ahad - 16 April 2023
Settled rutin sahur urus diri urus rumah.
Siap2 nak g ngaji rumah kak sal. Sakit perut pagi tadi datang lagi. Memulas2 nak g toilet... perasaan macam nak period tu ..alahai...
Tak jadi g ngaji umah kak sal. Sambung kemas dapur sambil tahan sakit perut. Risau pulak period sat lagi. Bukan tak suka tapi tang nak ganti tu nanti. Awal puasa dah berapa hari eh ....5 hari weiiii. Siap masak gulai ikan patin tempoyak nak bawak balik Gadong baru rehat2... golek2...tido2...4:30 bangun dan siap2 balik Gadong.
Takde siapa balik Gadong hari ni. Buka puasa dgn mak and family mak su.
Menu lauk pauk yg banyak. Ada asam podeh, lauk ikan patin mama, kurma ayam mak long, sayur.
Pukul 9 dah beransur gerak balik ke sarang.
Settle hal rumah tangga...dah tu...moh tido.

Sunday, April 16, 2023

Puasa Day 24

Sabtu - 15/4/2023
Sahur perangat lauk buka semalam.
Ngaji kat umah kak sal. Anak3 tak ngaji hari ni. 1030 gerak ke AEON Seremban. Nak cari seluar abang nin. Kat situ ada saiz besar ...blue toms.
Dapat 2 helai...jadi la.... pusing2...merayau2....sebelum Zuhur dah balik umah.
Baring2 jap ...macam nak tido tapi tak leh tido pulak hari ni. Golek2 depan tv...pasang kipas kuat2 ..panaihhh tekawww.
Pukul 5 start masak aglio alio yang tak jadi Khamis lepas. Kat AEON tadi sempat beli udang. ..buat tambah2 rencah.
Itu je mama masak. 
Buka puasa....
Agak pedas jugak rencah aglio alio ni. Mama beli kat shoppe. Sedap bagi orang dewasa tapi pedas bagi kanak2. Tak pe lain kali mama buat dari scratch sendiri. Kita boleh control chili flakes dia kan.
Ngantukkk ...tido dulu. Pukul 1230 baru bangun settlekan apa yang belum settle. 
Masing2 dah plan tak nak makan nasi sahur nanti. So, tak yah masak nasi.
Jom sambung tido.

Puasa Day 23

Jumaat 14/4/2023
Cuti peristiwa hari ni. 
Sahur makan apa yang ada je. Perabis left over food. Kemas2 dapur. 
Kena siap2 jugak.  Abang nin tak cuti...dia sekolah. Lepas hantar dia sekolah, mama kemas rumah. Siap masak semua. Baru tidooo....hihihi. Teruk kannn
Menunya Kari daging hari ni.
Tak ada apa yang menarik berlaku. Semuanya berjalan seperti biasa.
Cukup time kita tidooo.

Puasa day 22

Khamis 13/4/2023
Bersemangat hari ni. Esok cuti la katakan.
Hari ini hari pengagihan bubur kacang untuk semua warga STAR'J. 
Balik pukul 4 hari ni. Terus ke sendayan cari bahan2 nak buat aglio olio. Shoot balik rumah tengok2 org a/cond baru nak mula pasang a/cond. Tidur jap kat atas sambil2 tunggu diorang pasang. Tapi tak siap2 pun. Memang tak masak la mama kalau ada orang tengah buat kerja. 
Sampai ke waktu buka puasa belum siap. Kami buka puasa dengan air dan roti John sedekah jiran. Alhamdulillah.
Lepas tu baru ayah ke kedai amik nasi lemak ayam. Anak3 je makan...mama dah tak selera nak makan. Minum air je dari tadi.

Wednesday, April 12, 2023

Puasa Day 21

Rabu
Dah sampai ke ⅔ ramadhan
Sahur menu nasi goreng.
Rutin ke sekolah macam biasa. Penat...kelas penuh. 8 masa.
Balik awal. Singgah umah nazirah. Ambil biskut raya...2 chip choc, 2 red velvet chip, 2 tart nenas. Settled.
Balik umah ajak ayah pergi beli juadah kat angsa mas lagi. Kali ni nak beli mihun goreng, mi goreng dan kuetiaw goreng kak chah je. Muak pulak makan nasi. Abang nin macam biasa la ..nasi beriani dia. Bilal alep agihkan murtabak. Simpan peti ais dulu. Sahur kang panaskan.
Jumpa ex GPK 1 mama kat kedai kak chah tadi...hjh semarli ..memula tak kenal ..dah tenung lama ..ya Allah...kenapa mama tak cam dia. Kecoh la kita dua orang kat situ. Baik hjh semarli tu.
Sambung citer kat umah....lepas buka dah fikir nak masak apa utk sahur pulak. Hihihi...tomyam cincai je pun boleh kan.

Puasa Day 20

Selasa
Sahur
Panaskan hasil dapatan yang dibeli di kedai kak chah
Gulai lomak cili api daging ( podeh melaha)
Gulai cili api tolo itik ( podeh melahu)
Sambal bilih belado ( bulih lagi tahan podeh eh)
Settle kemas dapur ...siap2 mandi solat n siap nak pergi sekolah.
Ehh ..mama tak sekolah hari ni. Ada bengkel penyelarasan kelab kitar semula kat dewan MBS.
Hantar anak3 sekolah. Mama singgah sekolah jugak...bereskan tugasan untuk anak2 murid yang tinggal kat sekolah.
#Bergambar depan lori yang ada alatan hancurkan plastik jadi flakes, lepas tu cairkan...lepas tu create benda baharu. 
Balik pukul 1 gitu... Tapi mama tak balik sekolah dulu. Pergi merayau kat seremban prima ( anak3 tau habislah mama).
Cari kasut kerja dan invest kat Mr diy.
Pukul 3:15 baru sampai sekolah. Sambung kerja kat sekolah pulak. Siapkan rph minggu ni. Oppss lupa nak bagitau ...kpm bagi cuti tambahan 1 hari lagi yahoooo.
Mula cuti dari 19/4 - 2/5
Balik singgah beli juadah buka puasa kat seremban 3. Anak3 nak makan nasi lemak. Jumpa mak hadif yang jual nasi lemak... alhamdulillah. Mama pulak beli nasi kerabu kak gee. Syukur rezeki hari ini. Singgah sweet talker beli pavlova, Choco jar n pes tomyam. Dah settle semua...jom balik rehat2 dulu sebelum buka puasa.
Settle urusan rumah ...jom tidoooo.

Puasa Day 19

Isnin
Minggu baharu datang lagi. Minggu ke-4 persekolahan. Kelas tak banyak hari ni. Petang tunggu kakak & adik KAFA. 4:40 jugak baru gerak dari sekolah.
Ajak ayah pergi beli juadah berbuka dekat angsa mas. Beli lauk sahur sekali. 
Hasil dapatan :
Nasi ayam
Nasi beriani
Mee goreng
Air vanilla blue
Ley chi kang
Malam..lepas buka puasa...selesai urus semua hal. Tidooooo 

Sunday, April 9, 2023

Puasa Day 18

Ahad
Sahur....panaskan lauk yang ada. Peti ais perlu dikosongkan dari segala left over food. Yang tinggal butter chicken dan kurma ayam. Sahur esok boleh panaskan 
Pagi pergi rumah kak sal. Ngaji ....wei ct adyani...banyak makhraj huruf ko tak betul la.
Pukul 2 start buat bread butter pudding....yummeh ...ada krol and family kat gadong. Buat 3 bekas. 
Satu dah siap ...ahaaaaa ...bosa2 choc button tu jadi .....hamikkkk ...makan puas2. Tgu satu dalam oven. Satu lagi tunggu turn.
Siap 3 biji siap2 balik Gadong. Singgah baker's cottage beli ayam black pepper 5 ekor....fuhhhh
Menu nasi ayam by mak su buka puasa hari ni
Tepung pelita by acik nabila
Puteri mandi by mak ngah
Alhamdulillah
Pukul 9 mula kemas gerak balik TKI


Puasa Day 17

Sabtu
Nuzul Quran. 
Pagi ke rumah kak sal ..ngaji.
Lepas ngaji tunggu anak3 habis ngaji online. Nak keluar ...pergi Mydin je la.
Ramai orang. Selesai beli belah terus balik umah ...nak tidooooo...huhuhu
Tapi tak boleh terus tido ...takut terlajak. Masak nasi dulu ..masak lauk Kari ayam guna pes Kari yang kak sanah belikan .
Settle semua baru baring2...rehat2....dan... anak3 kejut pun tak sedar. Hampir waktu berbuka mama baru bangun. Melompat bangun ...alamak kenapa tak kejut mama ..kita nak makan apa ni ...nampak sangat teruk mama kan...kan ..kan...
Abang kata dari pukul 5 dah kejut ...kakak kata 6:30 kakak kejut lagi. Adoiyaaaaiiiii ..apa nak jadi dengan mama kamu ni nak.
Jenguk dapur tengok lauk dan nasi ada. Lupa dah masak sebelum beradu. 

Saturday, April 8, 2023

Puasa Day 16

Jumaat
Rutin pagi macam biasa. Hari ni balik awal...amik abang denin. Terus balik rumah. Tak larat nak ke mana2.
Macam biasa ada peluang tido...kita akan tido. Terjaga petir kilat guruh hujan lebat. Memang tak ke Bazar ramadhan ni. Baring tapi kepala dok fikir nak masak apa. Isi ayam ada ...nasi lebih sahur ada. Maka jadikah nasi goreng tak berapa nak kampung dan chicken buttermilk.
Selesai.
Settle kain baju...dok fikir untuk sahur pulak. Lebih chic buttermilk ada. So..tambah sambal sardin pagi sok...insyaaAllah.

Puasa Day 15

Khamis
Rutin pagi macam biasa ..lepas sahur settle kemas dapur....siap nak pergi sekolah. 
Tengah hari dah tak larat sangat. 8 masa hari ni...sakit perut mama turun naik tangga. Tido jap kat meja. Bangun solat. Sambung buat RPH minggu ni. Kena siapkan jugak. Esok dah jumaat. Pun tak banyak free period. Settle dan tunggu masa kakak n adik habis kafa.
Terus pergi cari makanan berbuka. Pergi centrio...tak banyak gerai buka. Nampak org jual nasi lemak berlauk. Nasi lemak pun best jugak ni. Singgah Ariana dessert pun tak banyak yg best. Beli buko dan durian crèpe je.
Pukul 9 kak long datang rumah. Nak fotokopi slip gaji. Beresin kain baju...iron baju ....tdo. untuk sahur kita panaskan apa yang ada sahaja. Lauk kurma ayam Bilal alif bagi petang tadi pun belum berusik. 

Wednesday, April 5, 2023

Puasa Day 14

Rabu
Ya Allah...dah 2 minggu puasa.
Rutin macam biasa ...pergi sekolah balik sekolah...tidurrrrr.
Balik cepat hari ni. Takde koku sepanjang puasa. Sampai rumah...rehat2...tido2...😂
Pergi Bazar Ramadan Sendayan metropark hari ni ..best jgk ..mcm2 ada.
Buka puasa berempat...menu:
Nasi ambeng mama
Nasi tomato akak & abang
Mi goreng adik
Dapat tepung pelita nilai...sedappp
Malam ...masak utk sahur...sup ayam dan ayam goreng. Ayam goreng esok pagi...makan panas2... sedappp
Jom tidoooo

Puasa Day 13

Selasa
Rutin macam biasa. Tiada yang menarik. Malas macam biasa. Kepala otak ingat nak tidur je. Kelas tak banyak tapi ada relief. Tunggu kakak & adik habis kafa pukul 4:30. Kakak balik lambat sikit. Terus ke pasar Ramadan S3. Hasil dapatan:
Nasi ayam utk abang & kakak
Nasi lemak utk adik
Beli sagu gula melaka....tak sedap...macam dah bergas. Beli karipap pun tak best.
Malam....otak mula fikir nak masak utk sahur. Tomyam cincai la sudahnya. Settle masak ...sidai baju ..tidurrrr zzzzz.

Puasa Day 12

Isnin
Hari-hari mencabar akan bermula. Sahur dengan lauk buka puasa rumah mak. Settle urus dapur ..siap2 nak ke sekolah.
Anak3 siap lagi cepat dari mama. 
Takde perhimpunan hari ni ...hujannnn... Gerimis....
Tak banyak kelas hari ni tapi ada relief. Siap salah kelas masuk relief..aiyoooo
Ada lawatan kunjung bantu dari bahagian TVET PPD SEREMBAN. Nak tengok bengkel pulak tu ...huhuhu ...belum kemas lagi pun ..hua.....😭
Gasaklah... tengok lah apa yang ada. Nanti dia datang lagi. Mama okay je.
4:30 ptg baru balik rumah. Tunggu kakak dan adik habis kafa. Balik rumah terus sebab nak pergi pasar Ramadan kat angsa mas dengan ayah. Pergi lambat sikit...nak tunggu kedai kak siah bukak.
Hasil dapatan:
Nasi beriani
Lauk sahur- gulai daging lomak cili api
Sambal belado bilis mo potai
Yeayyy..tak yah masak utk sahur.




Puasa Day 11

Ahad
Selesai sahur, kemas dapur, basuh baju bagai. Pukul 8 siap2 nak pergi tadarus kat umah kak sal. Hari ni ada sue dan munirah. Kejap tu kak zaharah sampai. Pandai ngaji kak zaharah ni rupanya. Masa mula2 kenal time dia duk umah kak sal ni tak tunjuk pun skill dia.
Pukul 10 selesai. Tunggu anak2 habis ngaji online. Iron baju. Lepas tu ngantuk sangat...jom tdo.
4:30 baru bangun...alamak...nak masak pasta goreng. Nak bawak balik Gadong. Ketang ketung ketang ketung kat dapur....siap. Cepat2 siap....nnt nak singgah baker's cottage beli ayam lagi. Betul2 dua ekor je tinggal. Bbq n percik. Beli ajolah.
Menu gadong
Daging Salai lomak cili api
Sayur
Sambal bilis
Ikan masin
Wani pun ada buka puasa sekali. Jumpa masa raya nanti. Anggun pun dia hantar ke Muar.
Pukul 9 gerak balik TKI...tak leh lambat2 . Esok sekolah nakkkk.

Sunday, April 2, 2023

Puasa Day 10

Sabtu
Pun lewat satu hari. Pastu siap konfius hari ni hari Sabtu ke ahad...???
Lepas sahur tak tidur pun. Dah janji nak tadarus alQuran kat umah kak sal. Pukul 8 siap2 pergi rumah dia. Yang lain tak muncul pun. Kami dua orang ja. Kejap lagi tu baru Dr hasni sampai. Teruslah belajar mengaji ct adyani sampai ko tahu makhraj huruf ta ko tak berapa nak betul. Tq kak sal tak jemu betulkan.

9:50 habis ngaji. Balik rumah tunggu anak3 habis ngaji Gmeet. Rehat jap...dalam fikiranku mahu keluar tapi tak tahu nak ke mana. Ke lotus kita lepas anak3 habis ngaji. Pergi mr diy...aikkk jumpa mak n maksu paksu depa anak beranak. Beli rod dan langsir emakku itu. Semangat raya nya datang kembali... alhamdulillah. Tahun lepas tak berapa nak sihat mak...pun akibat COVID dan tahun lepas tahun pertama mak beraya tanpa abah. Tak pernah mama tanya perasaan mak sebab mama pun tak berapa nak kuat. Mudah je air mata keluar.
Settle kat Mr diy kami pergi tingkat atas cari barang a.k.a menghabiskan wang gajian. Cari kipas sebenarnya. Panas weiii tidur malam sekarang. Selesai habiskan Wang kami balik. Nak tidur tapi tak boleh. Baring2 je...golek2. 
1730
Bangun le ct...masokkk. Berbuka kang nak makan apa...hihihi satu menu je hari ni .. spaghetti carbonara...tak penah tak sedap...🙄
Ada air special hari ni...penangan pengaruh khairul aming. Mama buat teh bunga+longan+limau kasturi+asam boi...sedap sangat kata kak syirah. Lain kali kita cuba air lain pulak yo.
Settle buka puasa. Cepatnya rasa ngantuk.
Prepare untuk sahur...telur masak kicap.

Saturday, April 1, 2023

Puasa Day 9

Jumaat
Ketang ketung dok dapur dari jam 0430. Siap semua jam 0520....uisyhhhh lambat dah ni... Kejut diorg semua sahur.
Rutin sekolah macam biasa. Baca yaasin...kelas tahun 1 ada 2 kelas hari ni.  ..yihaaa.
RPH pun tak hantar...tak larat nak tulis impak. Isnin la ye ...
Sampai umah ....tidur. Jam 1700 pegi Bazar ramadhan nak cari nasi ambeng. Ehhh nasi ambeng bumbu j dah ada. Budak yang hari tu pergi mana pulak eh....sedap jgk nasi ambeng dia .
Beli nasi ayam panggang utk abg denin
Nasi hujan panas utk syirah
Mi goreng utk Ziyad
Kuih sikit (pun x habis- semua kenyang)
Malam...ready masak untuk sahur. Menu gulai sardin...goreng ayam.
Basuh baju sidai kain siap.
Settle...jom tidur...macam biasa en shuben lom balik ...huhuhu

Puasa Day 8

Khamis...rutin hari sekolah macam biasa la ...balik rumah habis KAFA. Ajak encik shuben pegi cari makanan berbuka. Abang denin kirim kertas graf. Kali ni kita ke area angsa mas...tengok apa yang ada.
Ada acik jual nasi beriani....sedap...tahun lepas biasa beli dengan dia. Beli 4, 2 bayar...2 lagi tak yah bayar...ada orang niat sedeqah. Alhamdulillah...terima kasih wahai si pemberi sedeqah. Beli kuih sikit. 
Hujan tapi rasa masih membahang.
Buka puasa 4 beranak. Buat air Oren + sparkling lemonade...aduhai...ada yg sakit perut jap lagi nih.
Dah mula fikir nak masak apa utk sahur pulak...sambil fikir sampai tertidur ..1130 baru terjaga ... anak3 pun dah tidur. Masa tu la baru nak buat keputusan...kita masak nasi goreng utk sahur esok. Masak nasi dulu. Bumbunya ada dah. 
Nak tidur tapi tak boleh tidur pulak ...kain baju dah siap basuh sidai semua. Encik shuben lom balik lagi. Dah pukul 0149 dah ni....huhuhu