Allahu Akbar ...6 Syawal baru nak update blog... Mama ni pun...
Busy la raya ni. Kita wrap up sekali jalan la ya ceritera raya kita kali ini.
1 Syawal
Raya kat Mambau dulu. Tapau makanan...hantar kat matron sumathi ...banyak tolong dressing kaki ayah sampai dah elok ..tak elok balik ...dah elok....tak elok balik ..hihihi...bila nak habis daaaaa....
Balik TKI dulu..buh hasil tapauan dalam peti ais ..kalau tak basinle macam tahun3 sudah. Sebab mama kan terus shoot ke Nilai...kesian lauk pauk berpanasan dalam kereta.
Sampai ke Nilai...beraya rumah mak lang, induk dan makcik. Menu best2 tapi makan sikit2....diet perlu diteruskan hihihi. Dapat kurang sikit berat badan pun jadi la kannn. Puasa ritu turun jugak 2 3 kilo ...kot naik balik pas raya ni tak tau le.
Acara raya di kampung diakhiri dengan bergambo di tangga dan ucapan video raya.
lepas tu.kitorang shoot ke rumah kawan ayah kat desa vista...sebab dah dekat kan...teruslah beraya kat situ. Cantik view rumah kawan ayah tu. Lupa nak bergambo pulak.
Syirah bergambar dekat garden nekcik...style apa ntah sekarang main pejam2 mata pulak amik gambo.
Lepas tu balik Gadong....panaskan lauk pauk. Ready untuk dinner ..makan apa yang ada. Pukul 11 gitu balik TKI.
2 Syawal
Ke KL kita ..ingatkan tak jadi...lambat diorg gtau mama. Ke rumah pak ngah Hasan dulu di Ampang.

Beraya di rumah anaknya selepas mak ngah meninggal dunia.
Kemudian kami ke rumah mak long bedah di Ulu Kelang.
Next...kita g umah Nana kat Hulu Langat. Rindu kat nana ni....lama tak jumpa.
Lastly..kita ke rumah kakak mubarak....sahaja ikut beraya...dah dekat2 je kawasan sana kan. Naik bukit turun bukit kita hari ni ya.
3 Syawal
Tak ke mana hari ni. Tengah hari baru nak keluar beraya ke rumah pak tam di LBJ. Makan tengah hari.
Lepas tu ke Mitsui...cuci mato.
Tak ke mana hari ni. Ke gadong kita seawal yang boleh. Ada buat makan2 untuk family Nilai. Family belah arwah abah. Ada yang kemas kebun dulu. Dah nak musim durian tak lama lagi. Sejak abah meninggal mama kurang sikit makan durian gadong. Teringat masa abah balik dari kuarantin. Sempat belah durian ambil isinya untuk mama bawak balik. Hisyhhh...sedih lagi mama ni karang.
Mama singgah kedai beli ubat nenek, beli ais, beli ayam bc dan beli tembikai.
Menu hari ni:
Asam pedas mambong dan selar
Sayur campur
Sambal belacan ulam timun
Telur dadar
Ikan masin bulu ayam
Air sirap
Alhamdulillah...Allah cukupkan rezeki semua orang. Lebihan lauk bawa ke makan malam.
Lepas maghrib baru ayah sampai.
Layan anak buah main mercun dan bunga api dulu...pastu baru gerak ke TKI.
Tak ke mana hari ni. Mak su dah balik pasir gudang malam tadi. Pak su pejai ada kat umah teman mak. Mama kemas laman rumah hari ni. Siap2 kemas, mandi then g keluar cari makan. Lapar weiiii. Makan pizza sedap jugak ni. Pergi NSK teman ayah beli barang niaga. Esok dah start niaga la tu. Mama tumpang sekaki beli apa yang patut dan yang tak patut.
Malam...keluar cari makan lagi...ingatkan nasi Arab damsyik kat sendayan tu bukak...rupanya tutup. Try cari kat cattleya senawang tu pun tutup jugak. Pergi chicken royale ..menu ayam je yang tinggal. Nak nasikkkk. Pergi mi hiris pun dah tak terima order. At last pergi leezo...lambat sikit dapat...hurmmmm...tunggu je la.
Sampai rumah ..tido....gemuk la cg ct bukak sekolah nanti ...huhuhu.
6 Syawal
Pun tak ke mana juga. Masak nasi lauk sup ayam dan perabis kan rendang rohani. Hujan petang .. ngantuk..tidur...bangun sakit kepala.
Malam ..Iwan, wani dan Marissa singgah rumah beraya. Diorang dari kedai nasi lemak mambau.
Then.... anak3 tidur. Ingat nak tengok TV tapi macam malas pulak.
Hurmmmm...settle update 6 raya. Posting terpanjang rasanya ni. Enjoyyyyy!!!