Wednesday, June 27, 2012
Salam semua..
Pagi ni bangun tido rasa sakit pulak belah kanan ni. Rasa mcm baru selesai operate lak. Hisyh....takut la pulak. Patutnya makin x sakit tapi ni dah lain macam pulak. Mak kata bnyk sgt makan buah pulasan. Ye ke haaa. Ntah2 lama sgt dok dpn laptop kot.
Tgh mlm td terjaga, tgk ada sms dr sue. Rindu nak balik gadong katanya. Reply: cabaran baru bermula. Kena lebih semangat. Padahal dlm hati ini, rindu kat sue jugak. Automatically saya menangis. (sekarang perasaan terlebih sensitif) Selalu dia blk tiap2 minggu memeriahkan rumah, tapi sekarang x lagi. X tau la bila dia dpt blk gadong.
Tapi hidup kena diteruskan jgk kan. Pilihan dah dibuat dan kita bertanggungjawab atas segala yg berlaku lepas tu. Cekalkan hati ye dik.
Tuesday, June 26, 2012
Selamat Bercuti...
Selamat bercuti buat diri sendiri.
Lepas operate...saya dapat cuti sebulan. Memula dr cina tu bagi 3 hari. Pastu dia cancel bagi 7 hari. x boleh jadi ni. Dia ingat lapa surgery je kot. Dia x tau saya buang tiub sekali agaknya. Dr pakar ckp bagi sy cuti sebulan, then dia cancel lg n bagi sebulan cuti kat saya dari tarikh masuk wad.
Bercuti tapi sakit...itulah keadaan yg sebenarnya. Mintak asben hantar ke rumah mak. Biar saya berpantang di rumah mak je. Senang sikit. Hari ni, hari ke 4 selepas operate...masih ras sakit lg esp. belah kanan. Lama-lama nanti ok la. Dr ckp pun amik masa dlm seminggu nak elok betul...Semoga saya kembali sihat seperti sedia kala untuk menyambung tugas2 yang belum selesai.
29hb ni ada pertemuan dgn ibu bapa. Nampaknya x dpt join. Kak Aneeza tolong bereskan kerja2 slip peperiksaan. Intan akan cover masa perjumpaan sok. Thanks semua. Jasa kalian menggunung tinggi.
Hari sukan pun x lama lagi. Sebagai ketua rumah sukan tahun ni, saya x dpt menabur bakti. Selamat berjuang guru-guru rumah kuning. Semoga kita jadi juara lagi tahun ni. InsyaAllah.
Dok kat umah..asik RTM je...rehat,tidur,makan. Pastu layan adnin yang pelbagai ragam. Alhamdulillah, sy dah ada adnin. Jika Allah dah takdirkan saya ada adnin sorang, saya redha kerana Allah pun tahu saya mampu jaga adnin sorang je. Itupun kadang2 x mampu. Perancangan manusia memang teliti tapi perancangan Allah hebat sekali. Insafnya diri ini....

Adik Adnin dah takde....
Salam semua...sambungan cerita balik dari langkawi dapat disambung hari ini.
20hb....
Pergi appointment scan. Berdebar-debar je tunggu dipanggil masuk. Resultnya.....
jeng...jeng...jeng....
X nampak jugak kantung baby. Sampai panggil pakar suruh tolong tengokkan.
Ya Allah...ujianMu....
Amik darah lagi....besok diorg akan telefon bagitau resultnya.
21hb...1030hrs
O&G Clinic telefon....
Sila ke klinik sekarang puan dan puan perlu buat persediaan untuk masuk wad.
Mengapa?????????
Bacaan beta HCG meningkat 20x ganda dan pemeriksaan seterusnya perlu dibuat.
Sampai diwad, scan lagi....n x nampak jugak.
Saranan doktor : laparoscopy...
Terus
ready untuk ke dewan bedah..tapi x boleh buat sekarang..baru lepas
makan nasi lemak...pulak...
Mungkin pukul 6 nnt akan berangkat ke sana. Tunggu dalam penuh debaran.
Segalanya saya serahkan pada Yang Maha Kuasa. Sesungguhnya Dia tidak
akan membebankan hambaNya melainkan ianya mampu ditanggung.
1900hrs...berangkat ke dewan bedah...
22hb....0100hrs
terjaga dari lena yang panjang...sakitnya perut. Ada 3 tempat
berplaster. Pusat...perut kanan...perut kiri...
Nak bangun g toilet tapi x mampu...dalam keadaan separuh sedar lagi
sambung tido...
0500hrs...
terjaga nak pegi toilet. Gagahkan diri untuk bangun berengsot2. Ya
Allah, ini baru sikit belah perut...kalau banyak x tau la sakitnya macam
mana. Berjaya jugak ke toilet, tapi ada masalah nak baring semula.
Pergh....sakiiiiiiiiiiiiiit!!!!!!!
0800 hrs...
tertanya-tanya jugak apa yang dah dibuat kat perut ni. Fail x de lak
depan ni. Doktor yg bertugas pagi pun x tau sbb fail x de.
1330hrs
Kak Darma n anaknya haziqah datang melawat. Then, menyusul Kak Maz n
Pesah. Masa tu doktor datang n terus tanya dia. Maka, sahihlah saya
mengandung luar rahim (ectopic pregnancy), sebelah kanan tiub fallapio x dpt diselamtkan.
Maka...sahihlah bahawa Adik Adnin dah xde...dan saya terimanya dengan redha dan yakin dengan takdir Allah.
Sunday, June 10, 2012
Balik dari langkawi punya cerita....
Yang ini pulak versi dah balik dari langkawi punya cerita....
Al kisahnya bermula di pagi khamis 30 Mei...
Pegi htj ngan adnin. Ada appointment speech theraphy. Parking keta kat padang bola lama...pas tu naik shuttle. Selesai sesi terapi pegi paed pulak, tukar appointment. Patutnya kena g 30 May tp lom blk tang langkawi pun masa tu.
Tetiba rasa sakit perut belah kanan. Buat2 x layan n terus tgu shuttle utk ke parking lot. Alhamdulillah shuttle cepat tiba n sesampainya di parking lot sakit perut ni dah x boleh nak dikawal lagi. Kaki kanan ni pun dah x boleh nak angkat. Gagahkan jugak diri pgi kat keta dan berehat jap kot2 boleh reda n boleh drive blk umah. Nak dkt stengah jam jgk nahan sakit lam keta.
Dah nekad dah...klu nmpk je ada orang lalu nak mintak tolong je. Ada la sorang perempuan India lalu situ dan tanpa membuang masa mintak tolong beliau utk call ambulan. Bersungguh2 dia nak tolong masa tu. Alhamdulillah, 15 minit pas tu ambulans pun sampai dan merasa la saya dan adnin naik ambulans time tu. Terus bwk ke kecemasan...zon kuning means separa kritikal. Mulalah doktor yangb bertugas tanya bermacam2 soalan. Saya pulak mmg tgh period masa tu. Jadi soalan bnyk berkaitan dgn hal2 period pain n sebagainya. Si adnin lak kejap2 hilang. Mintak tolong nurse carikan...call en. asben suh bwk denin blk. Masa tu jgk buat urine test dan blood test.
Doktor tetiba tanya...kalau puan mengandung...ini adalah kandungan ke berapa? Haaaa...mengandung????? Ye UPT menunjukkan positif dan blood test pun positif. Tapi disebabkan puan dah turun darah....kami akan buat rawatan susulan. Masya Allah saya x tahu pun saya pregnant...mungkin dlm 5 minggu kot. Ya Allah selamatkanlah janin ku ini. Rawatan seterusnya mula dibuat iaitu merodok dengan muncung itik besi. Ingatkan dah x merasa benda ni lagi lps EEPROM Adnin....kena lagi la gamaknya ni. Didapati puan telah KEGUGURAN dan masih ada sisa di dalam. Jadi puan akan di hantar ke wad utk rawatan lanjutan...kata dr. Apalagi...menggigil seluruh badan. Tepon en. asben smbl nangis2. Lepas tu tepon mak pulak. (masih nangis2)
Lepas tu bergerak pulak ke Wad 2A. Doktor pun tanya lagi lagi dan lagi. Kena rodok lagi sekali dgn muncung itik besi. Siap suluh2 lagi nak tengok kat mana gugurnya. Tapi.........doktor cakap....x ada apa2 lubang pun yang kami nak tarik apa2 benda yang gugur. Macam mana doktor kat emergency boleh diagnos incomplete miscarriage ni.
Haaaaaaa.....sekali lagi saya melopong dan semakin konfius. Scan tang bawah pulak....tapi x nmpk kantung baby la puan...hissy.....semakin konfius antara saya sebenarnya mengandung ke idak ni. Dalam tempoh bertenang saya x nangis lagi. Saya redha dengan ketentuan Allah. Jika ditakdirkan saya dikurniakan bayi buat kali kedua...alhamdulillah. dan sekiranya tidak menjadi...saya redha kerana sesungguhnya perancangan Allah adalah perancangan yang terbaik. So, the plan is...kami akan ambik darah puan. kami akan uji beta HCG nya. Sekiranya normal, kami akan uji lagi selepas 48 jam. Sekiranya bacaannya luar biasa...mungkin puan mengandung luar rahim dan akan dibedah. Akhirnya selepas berpuasa sehingga jam 8 mlm, result darah keluar n puan boleh makan sekarang ye. Bacaannya normal. Alhamdulillah. Jadi, lepas 2 hari di sini, kena amik darah lagi dan tunggu lagi. Kalau bacaan meningkat sekali ganda, maknanya insyaAllah baby ada lagi. Klu bacaan gitu sama je, ada something wrong somewhere. Dan kalau bacaannya rendah maknanya baby dah xde. Xpayah puasa kali ni.
Amik darah hari sabtu...resultnya keluar petang Ahad. Seksa betul menunggu. Resultnya ialah.....meningkat sekali ganda. Maknanya insyaAllah baby ada lagi. Pergi scan tapi....x nmpk kantung pun. Xpe la....esk leh discharge n nnt pegi scan kat pakar 20 hb Jun ini. Isnin...blk rumah. Beli UPT and test sendiri baru puas hati. Jadi 20hb ni adalah penentu segalanya. Ya Allah...kurniakan kami zuriat yang soleh dan solehah agar dapat berbakti kepada agamaMu ini Ya Allah. So...tunggu cerita 20hb ni ye....

Saturday, June 9, 2012
Langkawi punya cerita...
Salam semua dan salam 1 Malaysia...
Cuti sekolah dah nak habis. Macam sekejap je cuti kali ni...hehehe...(Nak cuti lelama benti ngajo la kak). Cuti sekolah kali ini banyak betul memori dan story morry yang tak dapat dilupakan. Memori pertama ialah pegi Langkawi Island secara mengejut. Ada ke patut dalam kul 10 mlm hari Ahad minggu pertama cuti tu En. Asben ku suruh siap2 kemas baju. Jap g abang balik amik awak. Malam ni gak kita ke Langkawi. Chewah...dia hengat Langkawi tu mcm nak g Melaka ke...Layan kan je la...ye la bang...saya siap2 ni. Kemas kan la apa yang patut. Adnin dah siap tido pun.
Kejap x kejap pas tu En. Asben pun pulang ke rumah sambil membuat lawak yg x kelako....awak nak pegi Langkawi ke dik??? Masih berupaya nak layan lawak dia...saya pun jwb...tadi ajak la ni tanya pulak. Kita g sokgi la dik. Abang penat la. Ye la bang...(sebagai isteri yang solehah...ikutkan je...;)
Dalam ati : tau pun penat..ingatkan dah x kenal penat tadi. Nasib baik saya x siap lawa2 tadi...sebab apa tau...sbb dah tau dah ini akan terjadi...hehehe. Nak dekat 5 tahun hidup bersama...tau sgt dah perangai en. asben ku ini.
Pagi besoknya..pun x pagi jgkla...kami pun berangkat ke langkawi bersama MIL tersayang. Nak pegi umah anak buah dia sebenarnya. Ada kenduri all in 1 dengarnya. X kisahla asalkan saya berjaya keluar dr sbn sempena cuti sekolah ni. Dah maghrib baru sampai kat jeti Kuala Kedah. Siap muntah bagai atas feri. Bukan apa...rasa mcm terperuk sgt feri tu. Adnin lak x berapa nak sediam...bertambah fenin2 la kepala makcik ni ha.
Dalam pukul 10.30 barula smpi ke rumah sepupu en. asben ku itu.
Pagi tu dgn x sbrnya saya menggesa asben ku utk merayau2 di sekitar pulau. Ye la kan...buat apa susah2 naik feri nak smpi ke pulau lagenda ni klu semata2 nak tido baring je. MIL ku x mau pulak...beliau kata tengahari sikit kang. Klu gitu kami gerak dulu la ye. (smpi ati nye menantu). X la....ramai lagi sepupu yg nak g jenjln ngan dia nnt. Biokanledia.
Perkara pertama yang dibuat membeli kamera baru...(digicam lama adni dah rosakkan) hahaha tujuan utama ku ke pulau ini. Berjaya dapatkan NIKON Coolpix dgn rega RM1200. (dgn ehsan asbenku...tima kasih abang...dgn nada malu2 yang x berapa nak malu)Pastu jln2 di pekan kuah, redah perkampungan wanita lagenda...Mahsuri. Naik cable car....sanggup beratur pnjg. pastu g telaga ayer panas. Lum penah pegi lagi tempat ni..mmg bes....x ramai orang...dpt rendam kaki puas2.
Pastu blk dan terus kong anak beranak. Esoknya x ke mana pun sbb dah nak bertolak balik ke Seremban.
Antara gambo2 kenangan di Langkawi...(guna kamera baru la katakan...)
Labels:
liburan
Subscribe to:
Posts (Atom)