Malam Jumaat, pukul 12:15 pagi gerak ke HTJ. 12:30 sampai terus ke green zone. Tak daya nak duduki, mama rela berlutut kat lantai untuk kurangkan rasa sakit. Terus di bawa ke yellow zone. Bermula la episod buat X-ray, cek urine. Ada yg kata appendix, ada kata batu karang. Kena buat CT scan jugak.
Tak boleh tido langsung, menahan sakit. Jam 0730 baru gerak ke wad 5A(8D). Puasa diteruskan sebab nak buat ultrasound dan Ct scan. Ct scan tak lepas2 lagi sampai hari ni. Puasa ...buka puasa je la 3 hari kat sini.
Thanks mak, sue dan wani dtg melawat. Kawan2 sekolah pun dtg. Thanks kak sanah, Hani, kak aneez, kak ila dan kak shita. Thanks husband dtg jenguk kita hari2. Nak bawak anak tapi x lepas. Adnin je yg lepas naik.
thanks abang denin, banyak tolong mama urus hal kat umah. Basuh baju, sidai baju ...yeayy abang dah besar.