Friday, December 24, 2021

mee segera day

Malam ni kenduri mee segera pilihan masing2. Ada yang cakap tak baik anak2 kecik makan mee segera...tapi sesekali boleh kan...kan...kan...seminggu sekali boleh kan...kan...kan ..

Yang mama makan ni baru 1st time cuba. Boleh tahan jugak pedasnya.
Tapi pedas2 sedap. Tak sedar dah habis semangkuk.
pilihan Ziyad
pilihan abang nin
pilihan kak semestinya lain dari yang lain


Wednesday, December 22, 2021

Sambut birthday

Orang tua sambut birthday macam kelakar kan. Mama suka sambut birthday orang lain...tapi bila orang lain sambut birthday mama macam malu2 pulak.
Mak belikan kek birthday tahun ni. Terima kasih mak....lahirkan wan, besarkan wan , didik dan asuh wan sampai jadi orang. Terima kasih abah...jauh di mata tapi tetap di hati. 
Terima kasih husband...tetap gagah bersabar dengan wife yang macam2 perangai. Happy birthday to you too.

Saturday, December 18, 2021

Pancake Day

Versi Paddington bear 🐻

Versi biasa
Assalamualaikum ...
Pancake day today. Geli tak tengok lubang-lubang tu. 

Tuesday, December 14, 2021

Anak-anak mama

Siti Insyirah dan Muhammad Ziyad
Muhammad Adnin 
Mama la ni ..hihihi

14 Disember 2021

Hari jadi mama yang ke 43 hari ini. Mama lahir jam 1:00 tengah hari. Ya ..mama sangat garang. Ada yang kaitkan jam kelahiran dengan sifat atau perangai kan. Pernah dengar ke tak pasal ni...Baca boleh percaya jangan lahhhh. Tapi percaya jugak sikit2 hihihi 
Tahun pertama ulangtahun kelahiran tanpa abah. Rasa nak nangis sepanjang hari ni. Arwah abah bukan lah jenis yang wish birthday anak2 pun. Tapi cukup mama dapat rasa kasih sayang abah walaupun abah memang garang.
Terima kasih mak...lahirkan wan, besarkan wan, didikan dan asuhan mak jadikan wan orang. Terima kasih abah. 
Terima kasih encik suami...belikan kek birthday. Ku harap kasihmu tak cepat mencair seperti kek aiskrim yang kau beli ini. Happy birthday jugak buat encik suami 13 Disember...semalam eh ...eh ..ehhh

Makan setahun jugak💐💐💐

Tajuk pun pelik kan....
Makan setahun jugak nak update blog sejak pertemuan semula itu. Banyak hal berlaku dalam hidup mama dalam masa setahun. 
Covid19...sungguh memberikan kesan yang mendalam dalam hidup mama..dalam keluarga mama. Abah pun pergi meninggalkan kami tanpa pamit. Sukar...
Tapi mati itu pasti dan yang hidup akan terus menghabiskan sisa umur yang ada. Semoga bertemu di negeri abadi Abah!



Emak...
Masih menanggung kesan Covid19. Injap jantungnya bocor. InsyaaAllah mak....semuanya akan baik2 sahaja nanti.
Kak long, sue dan iwan seisi keluarga turut terkesan dengan Covid19.
InsyaAllah keluarga kita kuat dan akan terus kuat hadapi segala dugaan yang datang.