Wednesday, November 23, 2016

Anak mama Muhammad Adnin

Alhamdulillah adnin dah selesai tahun 2. Nama adnin daftar di 2A tp dia belajar di 2C. Makanya hujung tahun ni di Hari Anugerah Cemerlang adnin dpt hadiah nombor 1 kelas 2A. Pencapaian masih belum menguasai sebab matematiknya gagal. Kena bnyk berusaha lg untuk adnin. Teacher tracy tengah usahakan method lain utk memudahkan adnin buat matematik. Doa mama sentiasa mengiringimu sayang.
Nak tgk adnin...nahhh

Hari Anugerah Cemerlang 2016

Semalam berlangsungnya hari anugerah cemerlang SKTRJ. Mama mcm biasa buat buku program. GB nak warna ijau katanye. Beres petang isnin jam 7. Pada hari langsung mama cuma jd pemerhati ...best sgt..klu tidak mama kena jadi camerawoman gak. Tp tahun ni ada ustaz baru yg mmg terer bab ni...jd mama dah delegate tugas kat dia. Sambil2 tu mama menyetelkan kerja2 senarai nama murid 2017 n minit mesy hem. Tapi time amik gambo muka mama x miss di situ.
Saksikan lah...

Kembali sibuuukkkkk

Macam poyo je tajuknya kan kan kan...mcm le org lain x sibuk. Lepas sukan lg mcm2 kerja nak disettlekan. Nak kejar hari anugerah cemerlang lps ni. Pg td sibuk ngan pajsk...lepas tu ada parent yg anak dia dah tukar skolah dtg nak amik slip result. Tp resultnya terpaksa dimanualkan sbb dlm saps nama nya dah dikeluarkan. 😢😢😢😢
Buku teks ada yg belum amik...register lum isi....senarai murid tahun 6 2017 pun dah nak kena buat cepat. Hehehe....satu lg minit mesy HEM...sorry pn HEM...s/u mu ini mmg suka buat kerja bertangguh.

Sunday, November 13, 2016

Kejohanan Olahraga Kali ke 19

Pg td berlangsungnya Kejohanan Olahraga kali ke 19 di sekolah mama. Setelah 3 hr berhempas pulas dgn pra kejohanan...hr ini merupakan hr kemuncaknya. Mcm biasa mama ditugaskan di bahagian statistik dan perangkaan...ada pulak gitu...gah sgt bunyinya kannn. Bahagian keputusan rasmi je...sejak 3 hr duk dpn lappy isi keputusan n kiraan mata setiap rumah.
Mama rumah kuning tp rumah kuning dpt tmpt ke 3 tahun ni. Redha....level 2 leading the games tp thp 1 rumah lain memusnahkan harapan kitorg..😢😢😢
Tp x pe tahun dpn cuba lagi ye anak2 didik cikgu.
Sebelum acara kejohanan kami ada jogathon dulu. Kiranya 2 in 1 nye acara la hr ni.

Wednesday, November 2, 2016

Hari Kanak-kanak

Hari kanak-kanak tahun ini tidak serancak tahun2 sudah. Pengagihan bihun goreng shj utk anak2 murid. Tiada lagu Sambutan Hari Kana-kanak yang berkumandang. Tiada persembahan anak2 yg comel lg geram melihat telatahnya. Benarlah kenikmatan menjadi kanak2 telah ditarik sedikit demi sedikit. Tuntutan masa dan tugas sedikit sebanyak menyebabkan benda begini terjadi. Maafkan kami para guru wahai anak2 didik sekalian.
Tapi di 5Rajin tetap havoc. Kak dee selaku mak tiri 5R sentiasa ada rancangan terbaik utk anak2. Guru otai memang oooseemmm. Ada jamuan merangkap jamuan akhir tahun yg berlangsung tadi. Tqvm guru2 yg sempat hadir.
SELAMAT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA