Assalamualaikum dan salam sayang semua...
Alhamdulillah, saya sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.7kg pada 22 Jun 2013. (Adnin : 20 Jun 2008). Dekat2 je tarikh lahir diorang ni. Ayahnya la suka doa anaknya lahir lebih kurang tarikh abang...senang buat burfday bash katanya. Siti Insyirah lahir dalam masa 36 minggu 1 hari. Alkisahnya: Jumaat malam tu plan nak tgk Sebenarnya Saya Isteri Dia...tp pas mandi ada terasa macam air turun. Tak sure air ketuban @ buang air kecil.Nak sedapkan hati kata terkencing je la...tp xkan smpi banyak kali n tukar kain batik sampai 2 kali. Makan nasi pun ciput je sbb mcm x selera. Dari pagi tadi kat sekolah pun asik ngantuk...ngantuk...n ngantuk. Nak bersalin dah kot...kata kengkawan kat sekolah.
Lepas makan..kengkonon nak baring sambil tgk SSID...tp @ last keluar darah dan nampak sgt la dah nak bersalin kan. Terus call en. asben. ( Dia pulak mcm x percaya n lengah2kn sbb saya bgtau dia...bulan depan saya bersalin (klu ikut due date)...en asben ni x faham kot yg waktu bersalin ni bukan ketentuan kita...ye dakkk.
Saya pulak smbl siap2...(barang2 dah siap pack minggu lepas) sempat jugak basuh periuk belanga..(petang tu sibuk memasak mcm2)...sapu umah, kemas bilik etc. Adnin dengan selambanya sempat beronline lagi. Jap tu en. asben sampai...terus ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. lama jugak nak tunggu giliran screening. Ramai gak orang nak bersalin masa tu...kena dahulukan ibu2 yg kelihatannya macam dah nak bersalin sangat. Saya ni muka seposen je tahan sakit yg datang sekejap2. Poyo.... Sampai turn saya kena cek...alamak...muncung itik ni lagi...ketemu jua lagi kita wahai muncung itik yang menggerunkan.Owh...dah 4cm..terus ke labour room...lepak2 jap sambil tahan sakit kontraksi. Staff nurse pesan...klu dah rasa nak meneran baru panggil dia...ewah...sambil tu sempat jugak dia injek ubat tahan sakit (kita cakap tak nak tp dia nak bg jugak...ada ke...) yg kononnya boleh mnegurangkan rasa sakit n kita boleh tido jap. (tahan sakit la sangat...lagi sakit adalah)
Akhirnya sakit kontraksi bertukar jadi sakit nak meneran...panggil nurse..teran n lahirlah seorang puteri yang lama dinanti.( beza 5 tahun ngan adnin) ....SITI INSYIRAH BINTI IZHAM...
1 day old...kena tahan wad sbb suspek pneumonia...tp xde pun alhamdulillah. Warded jugak for 5 days..antibiotik treatment. |