Sunday, September 16, 2012

Berakhirnya Syawal...

Assalamualaikum...
Nampaknya kita dah sampai ke penghujung Syawal dan dah masuk Zulkaedah. Lepas tu Zulhijjah. Habis setahun bulan-bulan Islam. Alhamdulillah...tahun ni mak dan abah akan mengerjakan haji buat pertama kalinya. InsyaAllah akan berlepas 25hb September (0130hrs). Macam-macam pesanan yang dititip buat yang bakal tinggal ini. X lupa jgk pesanan utk si Sasi (kucing mak). Jgn x blk jenguk rumah, tgk2 kan dak faizal, siram pokok, bagi Sasi makan, sapu umah dsbnya. InsyaAllah mak...jgn dirisaukan urusan di sini.
Serahkan segala2nya kepada Allah. Tumpukan pada ibadah sepanjang berada di sana.
Sebenarnya saya dah mula rasa sedih dah. Tp x baik gitu kan. Nnt mak lagi sedih pulak. Kena cover ni...mata ni nak berair je bila duk dekat ngan mak. Alahai...mata ni nak nangis lagi la ni...

Tuesday, September 11, 2012

Tugasku belum selesai...

Assalamulaikum...n selamat hari raya Aidilfitri...(Masih belum terlewat rasanya sebab hari ni baru 24 Syawal) . Tajuk kat atas tu rasanya lebih sesuai berbunyi macam ni...Tugasku belum selesai dan tak akan selesai hinggalah pencen.. hehehehe.... Apa-apapun tugas tetap tugas dan akan dilaksanakan sebaik mungkin.
Baru selesai isi markah PKSR Ogos. X guna SAPS pun kali ni. Guna manual pun susah jugak sbb nak key-in markah semua subjek. Berpinau-pinau mata ku ini. Nak print ink dah habis pulak. Nak guna printer sekolah...hbs pendrive bervirus. Heh...macam2 hal. Jadi, balik sekolah...hbs kelas bimbingan nanti nak g beli ink lah.
Buku yang belum tanda ialah buku 5B n buku 5A. Jap g nak start tanda n kena hentikan segala tenet intenet ni. Kalau x mmg x jadi kerja punya la.
Budak2 thn 6 tgh UPSR. So murid thn 1 dan 2 dicutikan. Sebenarnya cutikan semua pun ok. Sebab apa tau...diorg ni mmg mulut x hengat dunia puya. Bercakap menjerit2 mcm kawan dia sebatu jauhnya. Pastu berlari2 smbl bergelak ketawa n smpi bergaduh pun ada. Nasib la kan...
Nnt ada masa lapang saya update lagi eh...bubye...