Balik sekolah Jumaat, nak ambil kak syirah pulang bermalam. Tetiba ayah kata...ooo boleh la kita pergi jenguk abg ni kat Seri iskandar. Mata mama bersinar2....ye ke...betul ke....jgn scam ehhh. Iya betul ...pukul 11 kita gerak sana ....malam kita balik sini. Wowww...not bad.
Berkobar2 la kiranya...lepas amik kak syirah terus ke Mydin. Beli barang rumah sikit...barang kak syirah sikit. Ehh....ada Tshirt berkolar saiz beso lerrr....moh kita beli untuk abg denin sekeping dia.
Mama kesian tengok baju Tshirt abang nin kecik2 belaka. Boleh la dia tukar2 guna Tshirt baharu ni.
Sabtu...kan main awal siapnya. Ayah pergi niaga dulu bawak Ziyad pengganti abg nin. Jam dah cecah 1030...mana deme ni...lambat gerak lambat la mama dpt jumpa abg nin. Dah pukul 11 tak nampak batang idung depa. Kena scammed la ni..mama dah mula teriak.
1130 baru depa sampai rumah. Ziyad mandi. Ayah siap2... semua siap jom gerak. Tak yah singgah makan tengah hari. Dah jumpa sempadan Perak baru kita singgah memano....hesyyy....begitu bersemangat sekali mama pun.
Dalam perjalanan perut keroncong. Makan dulu apa yang dibawa. Pau kacang ada, biskut ada, Mr potato ada, coklat ada...minum air kosong....😁
Sampai ladang bikam baru berhenti. G toilet, beli ayam gunting, singgah beli roti Harold.
Sebenarnya abang nin tak tau pun kitorang nak jenguk dia kat Seri iskandar. Sempat dia call... kitorang borak2...lama jugak dekat 12 minit. 2 orang kat seat belakang diam je...tidooooo. kalau tidak dah pecah rahsia.
Habis borak mama send location kat dia. Ehhh...mama hantar apa tu .. gtau la dia cerita sebenar...alahai anak dia mesej apa tau ... Susah2 je mama datang jauh2. Ada yang offer bang...mama on je.
Pukul 3:30 kami sampai...terus ambil dia kat Teratai 2. Senang hati tengok anak happy kat Seri iskandar. Mama pun dah terima hakikat ...anak...tak selamanya ada dengan kita. Beri mereka peluang untuk bentuk hidup mereka sendiri dengan bimbingan kita. Kita pun tak selamanya ada dengan mereka. Bila2 masa bakal dijemput Allah.
Bawak dia keluar...beli makan sikit2. Sewa hotel dekat2 situ. Mula2 dpt bilik banjir....hahaha...cepat2 mama minta tukar. Bayar untuk semalaman juga tau. Tak pe demi anak. Ayah pun nak rehat2. Borak2 pasal U life dengan Abg nin. Ayah siap bawak nasi lemak ayam 2 bungkus tau untuk abg nin. Rindu anak tapi x cakap ..itulah ayah. Kak syirah makan 1 abg nin makan 1.
Lepas maghrib baru kitorg check out. Cari tempat makan. Chegu Cafe tempatnya. Boleh la ...mama order set nasi tomyam ikan siakap kailan ikan masin; untuk ayah & mama. Syirah chic chop ribena sprite, Ziyad nasi goreng USA...mcm biasa tak habis banyak...tak kena selera dia mmg dia takkan habis makan. Abang Nin makan yang ringan2 je ...chic tenders. Dah kenyang makan nasi lemak katanya.
Singgah eco...roommate pesan belikan can opener. Gatal juga kaki nak follow dia ke eco tapi tahan je la ..kot lama mama dok dlm tu nanti.
Mama perasan abang nin dah matang, tak perlu mama teman kan lagi...semua buat sendiri. AllahuAkbar.
2145....sampai ke kolej indera Mulia...sampai di blok teratai. Masa berpisah pun tiba. Abang Nin sedih tapi mama gtau Deepavali InsyaaAllah mama datang lagi. Fokus belajar, tekun ibadah. InsyaaAllah Selamat dunia akhirat.
2200 kami gerak keluar dari UITM Seri Iskandar ... Sebuah kenangan untuk dikenang.
2247 dah ada kat hiway gopeng. Singgah di rnr Tapah dlm keadaan mamai. G toilet, beli jambu. Sambung tdo sampai mambau baru terjaga. Huhuhu ....dah sampai umah kul 2 pagi. Kemas2 sikit. Tdoooo.
Harap mimpi yang indah2.
Tunjuk kat dia eta kami akan sampai.
Send gambo kat family gadong.