Sunday, October 15, 2023

Terdampar di sini

Dah lama tak masuk wad. Allah uji mama masuk wad kali ni. Tak tahu apa yg sakitnya. Tapi sakit perut tak leh bawa bincang. Sampai merangkak. 
Malam Jumaat, pukul 12:15 pagi gerak ke HTJ. 12:30 sampai terus ke green zone. Tak daya nak duduki, mama rela berlutut kat lantai untuk kurangkan rasa sakit. Terus di bawa ke yellow zone. Bermula la episod buat X-ray, cek urine. Ada yg kata appendix, ada kata batu karang. Kena buat CT scan jugak. 
Tak boleh tido langsung, menahan sakit. Jam 0730 baru gerak ke wad 5A(8D). Puasa diteruskan sebab nak buat ultrasound dan Ct scan. Ct scan tak lepas2 lagi sampai hari ni. Puasa ...buka puasa je la 3 hari kat sini.
Thanks mak, sue dan wani dtg melawat. Kawan2 sekolah pun dtg. Thanks kak sanah, Hani, kak aneez, kak ila dan kak shita. Thanks husband dtg jenguk kita hari2. Nak bawak anak tapi x lepas. Adnin je yg lepas naik.
thanks abang denin, banyak tolong mama urus hal kat umah. Basuh baju, sidai baju ...yeayy abang dah besar.

Friday, August 4, 2023

Birthday 3 Ketul Ini

Birthday dah lepas pun. Lama nau nak update blog pun kan.
Birthday anak3 macam biasa sambut di Gadong. Sambut masa raya haji baru ni. Ramai ada kat gadong.

Potdeksen

Bila dah lama tak cuti panjang...mula la hati lelah. Moh ke potdeksen kita. Bawak anak2 mandi laut. Sambil2 mama tengok laut. Dah lama tak tengok laut. Tenang tengok laut. 
Anak yang sorang ni pulak tak suka berjalan ke pantai. Asik ajak nak balik je dari tadi.
Ghiyang hatinya dapat cangkerang.

Saturday, April 29, 2023

Syawal 8

Syawal, 8 -Sabtu(29/4/2023)
Pagi, tak ke mana. Kemas rumah, mop rumah...basuh kain...sidai kain.
Dah pesan awal pagi tadi suruh ayah bawak balik nasi lemak ayam untuk makan tengah hari. Mama malas masak hari ni. Petang sikit nak ke rumah GB lama, En. Sukrimi. Ada jamuan raya...awal sikit ada majlis pertunangan anak perempuannya.
Pukul 3 baru keluar rumah. Sampai kat Taman Seri Pagi tengok ramainya orang. Meriah betul rumah GB ni la. 
Makanan pun best2.
Sempat diorang bergambar sebelum balik tadi.
Sempat juga bergambar dengan kak ila. Yang lain dah balik dah. Diorg terus shoot ke rumah kak sanah pulak...Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak. Mama pun menyusul tak lama lepas tu. Lama tak ke rumah kak sanah.
Ada laksa Johor weiii....best3x.
Arah balik singgah food hunters pulak dah ayahnya. Nak nambah gula la tu.
Tak banyak barang sangat...perut pun kenyang jadi nafsu nafsi nak membeli tu kurang la kan.

Syawal 7

Syawal 7 - Jumaat ( 28/4/2023)
Tak ke mana hari ni. Masak nasi goreng merangkumi lunch. Plannya lepas Jumaat nak bawa anak3 makan kat luar. Hujan lebat seawal jam 1 petang. Baring2 dulu. Hujan reda baru kita keluar. Pusing2 area depan Mydin. Cari parking nak ke coffee bean...lastly parking tempat motor 😂. Ada satu lagi kereta ikut parking situ jugak. Dia pun dah penat pusing cari parking agak eh.
Settle makan...p Mydin top up apa2 yang kurang kat rumah. Cari kuah kacang segera #JamilahMansor sebenarnya tapi takde stok kata nya. Sedap kuah kacang nya...senang sikit kerja Mama kalau teringin nak makan nasi impit plastik dengan kuah kacang.
Nak try beli kat shoppe nanti ni. Nasi impit plastik dah siap beli dah pun.
Sebelum balik beli ayam #marrybrown dulu. Buat dinner pulak. Masak nasi lemak makan dengan ayam MB ni pun best jugak.
Nampak tu 👆...sedapkannn....tambah dengan salad... improvisation betul la kan. Anak3 pun dah kenyang ..semua tidur dengan suka hati.