Sunday, October 30, 2011

Pada 22 November 2011, saya menyertai rombongan sekolah (murid thn 4 dan 5)....persatuan PSS dan Kelab ICT. 2 bas jugak la yang berombongan. Tempat-tempat yang kami lawati ialah Muzium Coklat Beryl's, Pusat Sains, Planetarium dan Muzium Negara. Walaupun tempat2 sebegini dah selalu pergi ngan rombongan sekolah, tetapi semangat tetap berkobar2.Di Pusat Sains Negara sekarang ada pameran bertema: Dark Ages. Best mcm tgk jurassic park pulak, dinosour alive! Walaupun dah tau dinos ni bergerak sbb guna mesin..ttp nak takut jugak ...ngeh3x.


LAWATAN KE ZOO NEGARA

Pada 2 Oktober lepas, sempena cuti peristiwa sukan sekolah, kami bertiga ( saya, suami + adnin ke Zoo Negara. Rasanya saya tak pernah ke sini. Adnin memang baru first time ke zoo. Seronok juga ke zoo...tapi yang tak best bila adnin takut dengan burung undan dan flamingo yang bertebaran bebas di sekitar kolam. Terus tak jadi nak berjalan...kena naik tram pulak.
Inilah burung yang menakutkan adnin...ada lagi seekor yang paling besar dan nampak dah tua...time nak snap gambar dia dah terbang la pulak...terbang rendah je...

Adnin terus melekap pada ayahnya sambil terjerit2...konon2 burung tu nak kejar dia la...
Dengan bangganya berposing di taman serangga...dalam zoo tu jugak...masih dalam kerja2 pengubahsuaian.
Bergambar di Pusat Pemuliharaan Orang Utan dan unta berbonggol 1.

Kelas Memasak

Assalamualaikum semua...baru ada masa nak masuk entry baru. Itu pun curi2 masa sambil beraSAPS dengan Adnin ku sayang. Sabtu lepas (29 OKt 2011) pergi kelas masak memasak. Aktiviti ini dipelopori oleh GPM sekolah...Kak Dee... Kami berempat...Kak Maz + Kak Ani Y. Kami belajar 2 jenis kek haritu...Red Velvet Cake & Sliced Cake.


Cikgu kami pada hari tersebut ialah Cikgu Zaridah
dari SK Panchor









Inilah rupa kek velvet yang sudah siap diadun tetapi belum dibakar lagi....






Sekejap je cikgu tu buat adunan. Tengokla pulak mixer yang dia pakai...peralatan nak buat kek pun kena lengkap...macam2 bahan dan alatan cikgu tunjukkan kat kitorang....melopong je kitorng tgk...amatur la katakan.
Dah siap layer ngan cream cheese...yummy...
Yang ini pulak dah siap berhias cream cheese dan whipping cream tadi. Cikgu kata hiasan untuk velvet cake memang cenggini. Tak payah nak colourful sgt sbb nama dia pun dah ekslusif...phewittt.




Tuesday, October 18, 2011

Lama betul tak menjengah blog...bukan apa...sibuk dengan preparation untuk Final PKSR Exam. Saya memang suka bertangguh buat kerja, semua kerja nak dihabiskan sebelum budak2 ni exam. Sambil tanda buku setinggi menara KLCC sambil create exam paper (KH thn 5).
Hari ini exam dah mula, boleh lah start kemas bengkel sikit2 sblm cuti akhir tahun. tapi dah kemas pun mcm x nmpk kemas jugak...dah namanya bengkel kan.
Mata kiri mcm nak sakit mata, merah dan sentiasa berair je...mata kanan lak bergerak2 dari pg tadi...apakah tanda...apakah alamat....? Ku serah semuanya pada yang Esa.

Saturday, October 1, 2011

Kejap tadi belajar masukkan signature dalam blog. X tau jadi ke idak....ikut tutorial payah sangat..banyak sangat step... Cara yang saya guna ni cara budak baru belajar je...edit kat setting...betul ke idak x tau le